Monday, December 1, 2014

Elak makan sambil bekerja



INDIVIDU yang kerap makan sambil melakukan kerja berisiko untuk diserang obesiti.


MENIKMATI hidangan makan tengah hari di atas meja sambil melakukan kerja-kerja pejabat sering dilakukan oleh orang awam.
Ini kerana, kaedah tersebut dikatakan dapat menjimatkan masa seseorang.
Bagaimanpun menurut pakar pemakanan dari Eropah, Ashmina Kant, individu yang sering berbuat demikian disaran untuk menghentikan segera perbuatan tersebut kerana ia mampu mengundang risiko obesiti.
Bukan itu sahaja, kelakuan tersebut juga mampu menyebabkan seseorang mengalami kekurangan sumber vitamin dan meningkatkan jumlah kolestrol dalam badan.
“Perkara ini lebih banyak ditemui pada wanita dan orang dewasa berusia 50 tahun ke atas.
“Golongan ini rata-ratanya memiliki kandungan nutrisi yang rendah dalam badan selain kekurangan vitamin C dan E dalam darah,” jelasnya.
Bagi mengelakkan gejala ini daripada berlaku, individu disaran untuk makan tengah hari di tempat yang sesuai kerana ia bukan sahaja mampu mencegah daripada penyakit, malah menyegarkan fikiran untuk kembali segar.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: