Monday, December 1, 2014

Cendawan shitake bantu rawat kanser serviks



CENDAWAN shitake dikatakan mampu membunuh HPV dalam masa 90 hari.


KAJIAN mendapati, Virus Human Papilloma (HPV) merupakan salah satu virus yang banyak menyerang manusia.
Virus tersebut bukan sekadar mudah menyerang, malah ia juga mampu menyebabkan jangkitan pada kulit dan penularan penyakit-penyakit berbahaya yang lain seperti kanser serviks, mulut dan tengkorak.
Menurut seorang pengkaji daripada Universiti Texas, Amerika Syarikat, Judith Smith, walaupun pelbagai penawar ditemui dapat merawat penyakit tersebut, namun kajian terbaharu mendapati, cendawan jenis shitake lebih efektif dalam merawat penyakit kanser servik.
“Cendawan shitake dipercayai mengandungi zat kimia unik iaitu AHCC yang berupaya meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mencegah pertumbuhan tumor.
“Ia bukan sahaja mampu mencegah kanser yang disebabkan oleh HPV tetapi juga dikatakan mampu membunuh HPV dalam masa 90 hari,” jelasnya.
Bagaimanapun, ujar Smith, individu tidak perlu bimbang kerana AHDC merupakan suplemen nutrien yang selamat digunakan dan tidak akan menimbulkan sebarang kesan sampingan terhadap organ di dalam tubuh.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: