Thursday, April 18, 2013

Takdir hidup di persimpangan jalan



MISI membunuh Taylor untuk membunuh suaminya sendiri, Scott Dolan tidak berakhir dengan sempurna apabila dia mengalami kecelakaan jalan raya ketika tiba di sebuah simpang gurun.
Bertemu dengan tiga individu lain yang terselamat dalam nahas itu telah menyatukan mereka dan membawa ke jalan yang tidak diduga. Bagaimanakah kesudahan filem ngeri romantik, Intersection itu?
Turut menemui penonton pada minggu ini, sebuah filem aksi lakonan mantap Mark Wahlberg berjudul Broken City. Filem itu mengisahkan seorang anggota polis yang tidak bersalah bertindak membalas dendam setelah dia diperangkap oleh seorang datuk bandar.
Bagi penggemar filem seram dari Thailand, Long Journey mungkin boleh menjadi pilihan anda. Filem itu memaparkan kisah dendam seorang remaja yang sering dibuli sejak zaman kanak-kanak.
Selain itu, telatah Saiful Apek dan Intan Ladyana menghiasi layar perak minggu ini menerusi filem Kecoh! Hantu Raya Tok Chai.
Filem aksi jenayah lakonan hebat Louis Koo dan Sun Honglei berjudul Drug War turut mencuri tumpuan pada minggu ini.
Kecoh! Hantu Raya Tok Chai
Tarikh tayangan: 18 April 2013
Durasi: 1 jam 40 minit
Genre: Komedi, seram
Pengarah: Opie Zami
Pelakon: Saiful Apek, Intan Ladyana, Sathia, Azrul Raja Lawak, Kuswadinata, Amir Raja Lawak dan Sobri Anuar
Sinopsis: Di sebuah kampung kecil, tinggal Tok Chai yang bersifat merendah diri. Bagaimanapun, Tok Chai ada membela seekor hantu raya membuatkan hidupnya senang-lenang. Krisis bermula apabila Tok Chai meninggal dunia menyebabkan hantu raya belaan Tok Chai cuba menghentikan penduduk kampung daripada mengebumikan jenazahnya.
Siapakah yang akan menjadi mangsa korban untuk menenangkan hantu raya Tok Cai dan menjaganya apabila semua perkara tersebut berakhir?
Broken City
Tarikh tayangan: 18 April 2013
Durasi: 1 jam 47 minit
Genre: Ngeri, jenayah, drama
Pengarah: Allen Hughes
Pelakon: Mark Wahlberg, Russell Crowe, Catherine Zeta-Jones, Jeffrey Wright, Barry Pepper dan Alona Tal
Sinopsis: Di sebuah bandar yang dipenuhi perlakuan jenayah, detektif Billy Taggart ditahan atas satu tuduhan membunuh. Dia dituduh membunuh Mikey Tavarez yang merogol dan membunuh adik perempuan kepada teman wanitanya, Natalie Barrow yang berusia 16 tahun. Datuk Bandar, Nicholas Hostetler telah memusnahkan bukti kes tersebut. Taggart terpaksa meninggalkan pasukan polis dan menjadi detektif peribadi. Tujuh tahun kemudian, Taggart hampir muflis dan diupah oleh Hostetler untuk menyiasat siapakah yang curang bersama-sama isterinya, Cathleen Hostetler. Tugas tersebut merupakan peluang sempurna untuk Taggart membalas dendam.
Long Weekend
Tarikh tayangan: 18 April 2013
Durasi: 1 jam 18 minit
Genre: Seram
Pengarah: Taweewat Wantha
Pelakon: Shin Chinawut, Namcha Sheranat, Sean Jindachote, Nott Akaranat, Kittilpat Korasutraiwan dan Natpassara Adulyametahsiri
Sinopsis: Thongsook merupakan seorang remaja yang pemalu, sering diganggu dan diejek oleh rakan-rakannya sejak kecil. Dia bernasib baik kerana mempunyai kawan baik bernama Nam, iaitu seorang gadis yang membesar bersamanya dan sentiasa menjaganya. Apabila Thongsook dan Nam memasuki kolej, mereka menghabiskan masa dengan kawan-kawan baharu iaitu Boy, Jack, Beam dan Pui. Bagaimanapun, kawan-kawan baharu tersebut juga suka mengejek Thongsook. Apabila tiba cuti sekolah, rakan-rakan yang sering membuli Thongsook tidak menyedari bahawa mereka akan melalui sebuah pengalaman mengerikan. Pengalaman tersebut membuatkan persepsi mereka terhadap Thongsook berubah. Kawan-kawasannya telah mengembara ke sebuah pulau terpencil yang terletak di tengah-tengah tasik tetapi Thongsook tidak dijemput. Tanpa diduga, Thongsook muncul apabila mereka tiba di pulau tersebut. Percutian yang selesa itu menjadi ngeri pada malam kedua yang dikenali sebagai Malam Hantu Lapar.
Intersections
Tarikh tayangan: 18 April 2013
Durasi: 1 jam 29 minit
Genre: Ngeri, romantik
Pengarah: David Marconi
Pelakon: Roschdy Zem, Frank Grillo, Jaimie Alexander, Marie-Josee Croze dan Charlie Bewley
Sinopsis: Taylor dan Scott Dolan sedang berbulan madu di Maghribi. Pada masa sama, Taylor merancang untuk membunuh suaminya dengan bantuan Travis, kekasih Taylor.
Rancangan tersebut tidak berjalan lancar apabila mereka terbabit dalam kemalangan kereta di gurun terpencil.
Mereka tiba di persimpangan jalan gurun dan bertemu sekumpulan mangsa yang terselamat.
Antaranya, penyeludup yang dikehendaki polis, Omar, seorang perempuan Perancis dengan bayinya, Audrey dan seorang mekanik yang misteri, Saleh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: