Sunday, April 14, 2013

Pokok boleh bercakap

KISAH pokok bercakap sering kita lihat dalam filem-filem animasi Hollywood.


FILEM fantasi seperti The Lord of The Ring dan Magika menggunakan elemen pokok sebagai antara penarik utama kedua-dua filem tersebut.
Namun, adakah adegan pokok boleh berinteraksi dengan manusia ini hanya wujud dalam filem fantasi atau pernah berlaku.
Manakala, filem Avatar Pokok Besar atau Pohon Jiwa digambarkan sebagai elemen penting sumber nyawa kaum Na’vi.
Mereka menyembah pokok itu bagi memastikan mereka terus hidup.
Tetapi, kisah yang hampir menguatkan mitos ini di bumi bertuah iaitu Palestin.
Negara yang dijajahi secara haram oleh Israel ini pernah gempar dengan peristiwa pokok bercakap dengan manusia pada tahun 2002.
Menurut laporan akhbar Mesir Afaq Arabiah pada 15 Mei 2002, kejadian itu berlaku kepada tiga pemuda Palestin yang dalam perjalanan ke hospital yang terletak di Ramallah.

MUHAMAD


Dalam perjalanan mereka ternampak seorang Yahudi yang menjadi tentera simpanan Israel sedang berdiri di atas sebuah tembok.
Setelah berbincang, mereka berpakat untuk membunuh tentera Yahudi itu dengan menghampirinya secara sembunyi. Tetapi, sebaik sahaja mereka sampai lelaki itu telah mengetahui niat mereka dan melarikan diri.
Setelah pencarian mereka tidak berjaya, ketiga-tiga pemuda tersebut mengambil keputusan meneruskan kembali perjalanan ke hospital.
Secara tidak diduga, mereka terdengar suara yang memanggil mereka.
Mereka terkejut kerana suara misteri itu datang daripada sebatang pokok yang menyeru membunuh lelaki Yahudi tadi yang sedang berselindung di sebalik pokok itu.
Mengulas kejadian misteri ini seorang penceramah bebas, Muhamad Abdullah memberitahu, dia tidak pernah lagi mendengar cerita tersebut walaupun sering melawat Palestin.
“Namun, ada hadis Rasullullah SAW menyebut bahawa pada akhir zaman nanti, semua pokok dan batu boleh bercakap untuk menolong umat Islam menewaskan musuh.
“Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah ini berbunyi:
Tidak akan berlaku hari Kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Lantas orang-orang Islam membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu-batu dan pohon-pohon kayu. Maka berkatalah batu-batu dan pokok-pokok berkenaan : "Wahai hamba Allah! Ini dia Yahudi di belakangku. Datanglah ke mari dan bunuhlah dia. “Kecuali pohon Gharqad (kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi)”
DAUD


Wali Allah
Sementara itu, pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berpendapat kejadian pokok atau tumbuhan boleh bercakap merupakan perkara perkara yang pelik dan jarang berlaku.
“Hanya insan terpilih seperti wali Allah sahaja yang akan mengalaminya.
“Sebagai contohnya, pada zaman Rasullullah SAW ada peristiwa pokok berjalan sebagai bukti kepada kaum Quraisy yang menafikan kerasulannya,” jelas Md. Daud.
Tambahnya, pada zaman baginda juga ada peristiwa batu yang bercakap.
“Peristiwa ini berlaku ketika Baginda ingin ke Kaabah.
“Sebelum sempat sampai ke Ka’abah, sebutir batu telah bersuara kepada baginda bercakap dengan baginda menghalang tujuan tersebut kerana Kaum Quraisy cuba untuk mengancam Baginda,” cerita Md. Daud.
Jelasnya, kewujudan unsur alam yang boleh bercakap seperti manusia ini tidak boleh disangkal namun kesahihan yang berlaku di Palestin itu masih menjadi tanda tanya.
Cuma jelas dalam al-Quran Nabi Sulaiman yang dapat berinteraksi dengan haiwan serta serangga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: