Tuesday, April 16, 2013
Otak diperiksa dalam temu duga juruterbang tentera China
WUHAN, China - Seramai 500 orang termasuk lulusan sekolah tinggi dan universiti menjalani ujian elektroensefalogram semasa mereka menghadiri pemilihan untuk menjadi juruterbang tentera China di sini pada 12 April lalu.
Ujian tersebut diadakan bagi mengetahui graf tentang aktiviti elektrik pada otak.
Aktiviti elektrik itu dicatatkan dengan menggunakan elektrod yang diletakkan pada permukaan kulit kepala.
Ujian tersebut digunakan untuk mendiagnosis kepincangan neurologi, neuropsikiatri dan dalam penyelidikan neurofisiologi.
Selain ujian itu, mereka turut menjalani beberapa ujian fizikal dan latar belakang politik mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: