Thursday, April 11, 2013

Kamera kompak sepantas Bolt


KAMERA kompak (CSC) Samsung menggabungkan kelajuan rakaman, prestasi tinggi, kesinambungan rakaman yang sempurna dalam apa jua keadaan.


SYARIKAT pengeluar barangan elektronik, Samsung Electronics Co., Ltd. (Samsung) melancarkan sistem kamera kompak (CSC) terbaharu, NX300 dan telah bekerjasama dengan selebriti sukan, Usain Bolt bagi kamera itu.
Sama seperti kepantasan Bolt, NX300 amat pantas sehingga mampu merakam saat-saat yang terjadi untuk dikongsi bersama.
Ia mampu merakam subjek dengan pantas dan mudah walaupun pada lokasi yang bersesak dengan menggunakan sistem Hybrid Auto Focus (AF).
Sistem tersebut membolehkan pengguna mencapai hasil foto yang paling tepat dan berkualiti tinggi dengan sentuhan butang sahaja.
Ia mampu merakam sehingga 8.6 bingkai berterusan untuk setiap saat dengan kelajuan 1/6000 saat bagi shutter speed sekali gus membolehkan setiap perincian pergerakan dirakam.
Sambungan WiFi pula membolehkan NX300 berkongsi gambar serta-merta di laman sosial semudah menekan fungsi AutoShare.
Reka bentuknya pula menggabungkan gaya ketulenan dan tradisional kamera, manakala tekstur pada permukaan badan NX300 membolehkan ia MUDAH dipegang dan stabil ketika digunakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: