Thursday, April 11, 2013

Gajah meriahkan festival Songkran di zoo

SEEKOR gajah menyemburkan air menjelang sambutan Songkran di Zoo Dusit, Bangkok semalam.


BANGKOK - Seekor gajah digunakan untuk menyembur air menjelang sambutan Songkran di Zoo Dusit di sini semalam.
Seorang pengendali haiwan itu duduk dekat kepala haiwan tersebut semasa gajah tersebut menyemburkan air menerusi belalainya.
Songkran merupakan Tahun Baharu Thailand yang disambut pada 13 April ini.
Pada hari tersebut, orang ramai saling mencurahkan air bagi meraikan kedatangan tahun baharu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: