Wednesday, September 28, 2011

Wanita separuh bogel sambut Platini


KIRI: SEORANG gadis separuh bogel ditangkap polis di sebuah stadium di Kiev semalam.


KIEV - Polis menangkap beberapa aktivis wanita Ukraine kerana mendedahkan payu dara semasa memprotes lawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini ke ibu kota Ukraine, di sini.

Kunjungan Platini dilakukan untuk memeriksa persediaan Ukraine sebagai tuan rumah bersama dengan Poland untuk kejohanan bola sepak Eropah, Euro 2012.

Seorang wartawan berkata, empat aktivis pertubuhan wanita Ukraine, FEMEN, ditangkap kerana 'membogelkan' tubuh mereka hingga paras pinggang di luar sebuah stadium utama di sini.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan untuk mendapatkan perhatian mengenai kempen mereka dalam menentang pelancongan seks di Ukraine.

"FEMEN menuntut UEFA supaya mengambil inisiatif dengan melaksanakan program untuk mendidik para peminat bola sepak (yang akan berkunjung ke Ukraine) tentang kesan-kesan buruk pelancongan seks dan keburukan membiayainya," kata pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan.

Malah, FEMEN turut mendakwa Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych tidak berbuat apa-apa untuk membantu kempen mereka bagi menentang aktiviti pelancongan seks di negara itu apabila Yanukovych sendiri pernah mempelawa warga asing supaya melawat Ukraine untuk menyaksikan kecantikan wanita di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: