Monday, September 26, 2011

Una tetap rock walau hamil

BERSERI...Una kelihatan berseri ketika tiba di Dublin.
BERSERI...Una kelihatan berseri ketika tiba di Dublin.
BERJENAKA...Mollie dan Frankie tiba di Dublin untuk membuat persembahan di sebuah pub.
BERJENAKA...Mollie dan Frankie tiba di Dublin untuk membuat persembahan di sebuah pub.

DIA hamil tiga bulan, tetapi Una Healy tidak menunjukkan tanda-tanda akan menukar koleksi pakaiannya dalam masa terdekat ini.

Penyanyi berusia 29 tahun yang bakal mendapat anak pertama dengan teman lelakinya, Ben Foden, tampil dengan pakaian rock dan seluar ketat.

Una turut memakai but bertumit tinggi dengan dandanan mekap tebal ketika menyertai anggota kumpulan The Saturdays untuk persembahan istimewa Hari Arthur di kedai Guinness di Dublin, Ireland, hari ini.

Semalam, Una menulis menyatakan keseronokannya untuk acara itu: “Kami akan berada di Dublin esok untuk Hari Arthur, membuat persembahan - anda pasti terkejut ada persembahan akustik di pub.”


Hari Arthur adalah hari festival muzik yang dimulakan pada 2009 untuk meraikan ulang tahun ke-250 Guinness apabila peminat minuman keras itu mengangkat gelas sambil bersorak sebagai tanda penghargaan kepada pengasasnya, Arthur Guinness.


Bercakap mengenai penyertaan mereka dalam persembahan Hari Arthur, The Saturdays berkata: “Kami teruja dapat menyertai sambutan Hari Arthur.

“Kami tidak sabar untuk bertemu peminat di Ireland khususnya untuk membuat persembahan rahsia di sebuah pub di Dublin, juga kepada Arthur!”

Una disertai anggota kumpulannya, Mollie King, Frankie Sanford, Rochelle Wiseman dan Vanessa Whita sebaik saja mereka bersiap sedia untuk membuat persembahan pertama di kedai Guinness.

Semua rakannya memberi sokongan padu kepada penyanyi itu sejak dia mengumumkan berita gembira mengenai kehamilannya.

Una mengesahkan berita itu di Twitter dengan menulis: “Ya, berita itu benar! Ben Foden dan saya bakal mendapat anak BenUna! Kami amat seronok.

“Saya sangat gembira atas semua sokongan positif dan ucapan indah anda. Terima kasih banyak-banyak. Dan kepada semua peminat Saturdays, saya komited sepenuhnya kepada kumpulan dan konsert kami Disember kelak.

“Betapa bertuahnya bayi ini nanti dengan adanya empat mak cik yang jelita iaitu Frankie, Mollie, Rochelle, dan Vanessa.”

Selepas Una menulis mesej itu, anggota kumpulannya kemudian menulis untuk mengucapkan tahniah.

Frankie menulis: “Kami sangat seronok menanti kehadiran anggota kecil kami. Dia akan dimanjakan dan dilindungi oleh empat mak cik.”

Rochelle mengakui dia terpaksa menyimpan rahsia itu hingga lidahnya nyaris terbakar. Dia menulis: “Wow! ia perkara paling sukar untuk dirahsiakan. Sangat gembira kerana Una akan mempunyai anak dan saya akan menjadi mak cik.”

Mollie pula menulis: “Tahniah kepada rakan kami Una Healy yang jelita dan Ben Foden. Bayi Sats yang pertama. Sangat seronok untuk anda berdua.”

Sementara itu, Vanessa juga meluahkan rasa gembira apabila menulis: “Amat gembira mendengar Una akan mendapat anak. Dia akan menjadi ibu yang hebat.

Una dan Foden, 26, mula berpacaran pada 2008 apabila ejen pemain ragbi England itu menemui penyanyi berkenaan sebagai wakilnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: