![]() |
| TISU yang lembut tentunya menjadi teman sewaktu sibuk menikmati juadah rumah terbuka sempena musim perayaan ini. |
TISU muka Scott memberikan satu lagi peluang kepada pengguna untuk meluahkan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia dengan edisi terhad kotak tisu yang memaparkan warna-warni kehidupan rakyat Malaysia. Ia dihasilkan oleh pelukis kartun tempatan, Reggie Lee.
Pengurus Pemasaran Family Care Kimberly-Clark Malaysia, Terence Fu berkata, hasil seni Reggie Lee memaparkan keindahan dan kepelbagaian gaya hidup rakyat Malaysia.
“Adakalanya dalam kehidupan seharian, kita tidak peka kepada kelucuan dan keistimewaan yang wujud di sekeliling kita. Begitu juga tisu muka, sentiasa dianggap remeh tapi ia sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian. Kini Scott meraikannya agar lebih dekat di hati kita,” kata Terence.
Kotak edisi terhad itu memaparkan pelbagai watak Malaysia daripada guru, kanak-kanak sekolah, masyarakat biasa dan juga mereka dalam pakaian tradisional. Perhatikan dengan teliti dan anda mungkin dapat menemui sesuatu yang bakal mengingatkan kita erti sifat penyayang dan muhibah dalam masyarakat berbilang bangsa.
Apatah lagi pada musim perayaan ini, maka sudah tiba masanya untuk menyediakan beberapa kotak tisu muka Scott di rumah untuk memberi keselesaan sewaktu tetamu menikmati juadah perayaan nanti.
“Malaysia penuh dengan budaya dan tradisi yang indah dan bermakna. Sudah sekian lama saya idamkan untuk merakamkan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Terima kasih tisu muka Scott kerana melahirkan penghargaan terhadap gaya hidup Malaysia dengan cara ini,” katanya.
Tisu muka Scott edisi terhad itu boleh didapati di semua pasar raya utama dari Ogos hingga September 2011, pada harga RM9.60 untuk pek empat kotak.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: