Thursday, September 15, 2011

Shila kekok jumpa Sharnaaz

pix_middle

SUATU masa dulu dia dikenali sebagai Shila Tekno. Ketika itu dia masih kecil dan sentiasa ditemani ayahnya, penyanyi dan pelakon N D Lala. Meniti usia remaja dan semakin matang, Shila Tekno hanya tinggal sejarah dan kini semua peminat mengenalinya sebagai Shila Amzah.

Apa yang membanggakan, sejak menyertai pertandingan One In A Million 2, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, dilihat semakin hebat dan vokalnya kian mendapat pujian.

  • Foto

    SOKONGAN MORAL...bergambar bersama keluarga pada 1 Syawal lalu.

  • Foto

    SHARNAAZ...muncul dalam muzik video terbaru Shila, Patah Seribu.

Malah, ada berpendapat dia tergolong dalam kelompok artis muda Malaysia yang mempunyai vokal terbaik dan ia terbukti dalam lagu Memori Tercipta dan kini lagu berkumpulan, Beribu Sesalan bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura.

Terbaru pula, Shila mempertaruhkan single mutakhirnya, Patah Seribu. Ironinya, walaupun judul Patah Seribu sekali dengar seperti judul sebuah lagu Irama Malaysia, ia sebenarnya lagu pop kontemporari yang ada elemen ‘country & western’.


Menariknya, lagu itu ciptaan Shila sendiri dengan susunan muzik oleh penggubah handalan, Aubery Suwito.


Keputusan yang penting juga dibuat Shila apabila dia tidak lagi diuruskan syarikat Monkey Bone Records dan The 8 Unit selepas memilih menamatkan kontrak dengan mereka. Shila memilih ber�naung di bawah syarikat milik keluarganya sendiri, Urustabil Sdn Bhd kerana lebih selesa.

“Retak Seribu menjadi lagu pertama untuk album penuh saya kelak yang bakal diterbitkan sendiri oleh Urustabil. Lagu ini sebenarnya sudah dihasilkan sejak tiga tahun lalu tapi saya kurang berani untuk memasarkannya. Saya menunggu dulu sedangkan apabila diperdengarkan kepada kawan-kawan artis seperti Aizat dan Ana Raffali, mereka suruh saya pasarkan single ini.

“Apabila keluar dari Monkey Bone, barulah saya buat keputusan untuk keluarkan lagu ini. Punca utama kalau lagu ini gagal diterima, saya tak dipersalahkan mana-mana pihak kerana semuanya saya buat sendiri. Saya gembira dibantu Aubrey Suwito dari sudut susunan muzik,” katanya yang pernah muncul dengan album Bebaskanlah pada 2009.

“Saya sepatutnya menghasilkan tiga album dengan Monkey Bone tapi apakan daya hanya sempat tampil dengan satu album saja. Bagaimanapun, saya tak kecewa dan tak bergaduh dengan mereka. Apa yang berlaku adalah satu pengalaman terbaik. Banyak ilmu yang saya timba dengan Monkey Bone yang tidak boleh diperoleh di mana-mana.

“Album penuh terbaru saya akan menemui peminat sekitar Februari atau Mei tahun depan. Setakat ini, saya sudah simpan 30 koleksi lagu yang semuanya ciptaan saya sendiri. Kalau boleh saya nak cuba terbitkan semua lagu ciptaan saya sendiri kerana ia lebih puas.

“Kalau Aizat dan Yuna boleh buat sendiri, kenapa saya tidak boleh mengikut jejak positif mereka. Yang penting saya disokong penggubah muzik yang berpengalaman seperti Aubrey Suwito. Saya selesa bekerja dengan Aubrey,” katanya lagi.

Shila berkata, dia tidak menyanyikan lagu balada sebelum ini kerana mahu orang melihat perubahannya dari zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Merasakan detik itu cukup sesuai kini, baru dia tampil dengan lagu balada yang ‘mencengkam’ seperti gabungan ‘3 Suara’ yang meng�gandingkannya dengan Ning dan Jaclyn.

“Pada usia sekarang, saya rasa sudah boleh tampilkan lagu cinta. saya kena kaji konsep lagu saya ikut kesesuaian umur saya.

“Saya gembira kerana ramai peminat sukakan lagu Beribu Sesalan. Ia sangat istimewa kerana jarang kita melihat gabungan tiga penyanyi dalam sebuah album. Lagu ini juga mula mendapat sambutan hangat di Singapura. Saya bangga dapat bergabung suara dengan Kak Ning dan Jac.

“Sebagai kelainan, saya juga buat versi solo dan muat naik lagu itu dalam YouTube. Ternyata, ia sangat memberangsangkan kerana setakat ini sudah ditonton 40,000 orang,” katanya.

Kegilaan terbaru Shila ketika ini adalah merakam nyanyiannya secara suka-suka dan dimuat naik dalam Internet terutama YouTube untuk hiburan peminat. Hobi ini katanya berputik sejak lima bulan lalu. Boleh dikatakan setiap masa dia akan berada di laman twitter untuk berinteraksi dengan peminatnya. Memang begitulah cara dan ‘trend’ terkini bagi ramai artis lain di seluruh dunia.

Sementara itu, Shila juga baru selesai menjalani penggambaran muzik video lagu Patah Seribu yang diarahkan Michael Ang. Muzik video ini menggandingkannya dengan pelakon meningkat naik, Sharnaaz Ahmad. Banyak pengalaman menarik dilaluinya ketika terbabit dengan penggambaran yang memakan masa selama 18 jam ini.

“Jalan cerita muzik video ini menggambarkan mengenai pasangan bercinta. Terus terang saya memang kekok kerana tidak pernah berlakon sebelum ini. Saya pun baru pertama kali jumpa Sharnaaz, tapi mujurlah dia suka usik saya. Jadi, tidaklah rasa janggal apabila sudah lama di lokasi.

“Biarpun terpaksa mengambil masa selama hampir 18 jam, saya percaya dengan kemampuan Michael untuk buat yang terbaik. Saya suka berlakon tapi keutamaan kini adalah pada nyanyian. Harap-harap peminat suka dengan muzik video Patah Seribu,” ujarnya.

Berkongsi cerita mengenai buah hati pula, Shila menjelaskan dia masih selesa bersendirian tanpa cinta. Baginya sukar untuk mencari lelaki yang memahami kariernya disamping mempunyai ciri-ciri lain antaranya menghormati kedua orang tuanya.

“Selepas 11 tahun dalam seni, saya ada sasaran sendiri dan rasa belum puas dengan apa yang baru saya peroleh.

Selain itu saya juga ada tanggungjawab untuk jaga hati keluarga saya dan peminat. Kalau ada kekasih mungkin saya terpaksa lebih menjaga hatinya dan lama-lama kelamaan keluarga dan peminat terabai.

“Jadi biarlah dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini, saya akan gunakan masa itu untuk fokus kepada karier sebelum membuat keputusan untuk berpasangan secara serius. Saya sebenarnya tidak suka bercinta lama-lama.

“Bukanlah bermakna saya cuba jual mahal tapi inilah situasi sebenar diri saya. Buat masa ini hidup saya tak sunyi kerana setiap hari akan berinteraksi dengan peminat. Selain mereka, saya juga ada kawan-kawan dan paling utama keluarga yang sering menyokong dan bersama setiap masa serta dalam apa juga keadaan,” katanya yang turut bergelar duta Safi Balqis Perfect 10.


PROFIL

NAMA PENUH: Nur Shahila Amir Amzah
NAMA KOMERSIAL: Shila Amzah
TARIKH LAHIR: 13 Ogos 1990
USIA: 21 Tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Penyanyi, duta produk
PENCAPAIAN: Naib Juara One In A Million 2 (OAIM2)
ALBUM: Sha-hila (EMI 2005), OST 5 Jingga (EMI 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bersama Ning Baizura & Jaclyn Victor - 2011)
SINGLE TERBARU: Patah Seribu (label Urustabil)
TALENTS: Coca-Cola, Walls Cornetto, Colgate, duta Tinge & Safi Balqis Perfect 10

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: