|
|
MIAMI - Seorang lelaki Brazil yang ditahan di lapangan terbang Miami kerana cuba menyeludup tujuh ekor anak ular sawa dan tiga ekor anak kura-kura di dalam poket serta seluar dalamnya didenda sebanyak AS$400 (RM1,236) oleh seorang hakim.
Simon Turola Borges, 30, yang telah ditahan sejak 25 Ogos lalu mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup. Hukuman ke atasnya dijatuhkan oleh hakim wilayah, Patricia A. Seitz. Selain denda, Borges juga akan dipantau dengan rapi selama dua tahun. Dia turut diarahkan supaya dihantar pulang ke Brazil.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: