Sunday, September 18, 2011

Sabar punca Yew Chuan bertahan


YEW CHUAN (kanan) bersama rakan-rakan graduan pada Istiadat Konvokesyen ke-3 UniSZA di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Penerima Pingat Ibnu Sina pada Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-3, Ong Yew Chuan, 23, mengakui pernah putus asa untuk meneruskan pelajaran di universiti itu pada empat tahun lalu.

Menurut Yew Chuan, keputusan itu dibuat gara-gara rasa terasing kerana dia merupakan satu-satunya pelajar Cina yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Sains Komputer Fakulti Informatik di universiti itu pada tahun 2008.

Bagaimanapun, motivasi diri yang kuat selain melihat penerimaan rakan-rakan yang majoritinya Melayu membuatkan anak kelahiran Pulau Pinang itu bertahan sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Semalam, Yew Chuan dikurniakan Pingat Ibnu Sina kerana kecemerlangannya sempena konvokesyen ketiga universiti berkenaan yang disampaikan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA.

Yew Chuan merupakan salah seorang daripada 1,168 graduan yang menerima ijazah sarjana, sarjana muda dan diploma masing-masing daripada sembilan fakulti di universiti berkenaan.

Menurut Yew Chuan, pada mulanya dia agak terkejut dengan perubahan kerana dia selama ini hidup bersama komuniti Cina di Butterworth, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: