|
|
KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport perlu dikaji semula kerana ia dilihat mengakibatkan peningkatan kos cukai yang membebankan pembeli.
Yang Dipertua Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, kenaikan nilai kenderaan tersebut mendorong kenaikan cukai di antara 12 peratus hingga 30 peratus.
"Contohnya, bagi kenderaan Toyota Wish, pembeli kini perlu membayar tambahan RM7,000," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurut Zainuddin, perintah Jabatan Kastam Diraja tersebut dikuatkuasakan pada 1 September lalu itu juga didakwanya dilaksanakan tanpa mendapatkan pandangan atau berdialog pun dengan Pekema.
"Ia menyebabkan pemegang AP (permit import) berada dalam kedudukan tertekan dan kerugian kerana pembeli yang telah membayar deposit, enggan membayar tambahan kos kenaikan nilai kenderaan itu," jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: