|
|
BAGI Hafiz, Adira dan Lena, setiap kali raya mereka akan teruja kerana masing-masing sibuk membuat persiapan pulang ke kampung halaman masing-masing di Sabah dan Sarawak.
Sebagai anak rantau, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) mempunyai perancangan dan persediaan tersendiri untuk menyambut raya bersama keluarga dan sahabat handai di kampung halaman yang sekian lama ditinggalkan kerana tuntutan karier masing-masing.
Walau sesibuk mana sekalipun, Hari Raya Aidilfitri yang datang setahun sekali mesti disambut dengan keluarga tersayang kerana tanpa mereka hari raya tidak bermakna.
Sebab itu, seminggu sebelum raya masing-masing sudah bersiap sedia apa yang perlu serta pelbagai hadiah dan buah tangan untuk keluarga tersayang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: