
BAGI memberi perkidmatan yang terbaik, Nikon Malaysia Sdn. Bhd. telah membuka cawangan ketiga Nikon Shop di sayap baharu KLCC baru-baru ini. Seperti cawangan-cawangan lain yang terletak di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya dan Berjaya Times Square, kedai yang terletak di tingkat tiga, Lot C itu masih mengekalkan konsep yang sama.
Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Produk Pengguna Nikon, David Ng Choon Yiak, konsep pusat sehenti memberikan kebebasan kepada pengunjung untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman menggunakan produk kami.
"Ternyata konsep seperti ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pengguna dan ia akan diterapkan di semua pusat jualan Nikon baharu yang bakal dibuka," ujarnya.
Di kedai Nikon, peminat seni fotografi dan gajet kamera dapat mencuba dan merasai pengalaman menggunakan semua jenis kamera terdiri daripada siri model Coolpix sehingga kepada model DSLR.
Jika memerlukan bantuan, pakar-pakar terlatih oleh Nikon akan sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar dan nasihat.
Selain itu, pihak kedai Nikon turut berjanji bahawa setiap pengunjung yang datang pasti akan dapat meningkatkan pengalaman dalam bidang fotografi dengan seminar, klinik dan bengkel yang diadakan dari semasa ke semasa selain pameran foto.
Antara kemudahan lain di cawangan KLCC itu adalah sebuah bilik pembelajaran bagi memenuhi kehendak dan minat pengguna kamera.
Semua usaha tersebut bertujuan untuk mendekatkan para penggemar kamera dengan pihak Nikon melalui cara menghayati setiap keperluan yang dikehendaki oleh peminat fotografi.
Tatkala melangkah kaki ke dalam kedai Nikon, anda akan mendapat semua keperluan yang dikehendaki bagi menghasilkan sekeping foto yang berkualiti seperti semua model jenama Nikon, binokular, speedlight dan aksesori.
Majlis pembukaan cawangan terbaru itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Malaysia dan Singapura, Masanobu Tsunoda dan Pengarah Urusan Fotokem Sdn. Bhd., Pual Ngui.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: