Tuesday, September 13, 2011

Lisa mahu Yusry cipta lagu khas untuknya

percintaan antara pelakon jelita Lisa Surihani bersama penyanyi, pelakon, pengarah dan pencipta lagu popular, Yusry Abdul Halim semakin menjadi perhatian ramai.
Tidak pernah mengakui ataupun menafikan cinta yang ada dalam hati mereka, pasangan serasi ini lebih senang mengatakan hubungan yang terjalin itu sebagai hubungan yang matang memandangkan kedua-duanya serius dalam memperkembangkan lagi hubungan itu keperingkat yang lebih rapat.
Biarpun sebelum ini, ada khabar yang mengatakan mereka akan berkahwin pada tahun 2012 akan datang, namun baik Lisa mahupun Yusry, mereka menafikan khabar itu kerana kedua-duanya masih belum bekesempatan untuk berbincang dengan lebih mendalam tentang urusan perkahwinan.
"Saya tidak pernah menyebut apa-apa tarikh perkahwinan kami, kerana masih belum ada apa-apa perbincangan daripada kedua-dua pihak kami.
"Sebelum ini,kami tidak pernah menyorokkan hubungan yang terjalin antara kami, begitu juga sekiranya kami sudah bersedia berkahwin nanti, kami akan umumkan tarikh itu tanpa perlu merahsiakannya,"jelas Yusry.
kelihatan semakin serasi dan bahagia bersama, jelas Yusry, dia telah ke kampung Lisa di Gopeng, Perak pada malam raya pertama untuk beraya bersama kekasihnya itu.
"Lisa datang beraya di rumah saya pada hari raya pertama, tetapi sebelum itu, pada malam hari raya pertama saya sudah ke kampungnya di Gopeng, untuk beraya dengannya,"jelas Yusry.
"Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami berjalan dengan lancar, sekiranya tahun ini merupakan tahun terakhir saya beraya sebagai wanita bujang, saya juga bersedia menerimanya,"jelas Lisa.
teringin dengar Yusry menyanyi
Gembira bercerita tentang perkembangan hubungan itu, Lisa turut meluahkan keinginannya untuk mendengar Yusry menyanyi khas buat dirinya.
"Saya dah beberapa kali meminta Yusry menyanyikan lagu untuk saya, tapi sampai sekarang masih belum tercapai lagi.
"Saya tak mahu dia nyanyi lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan dulu, kerana kalau boleh saya mahu dia mencipta lagu khas buat saya dan menyanyikan sendiri lagu itu untuk saya nanti.
Bertanya Yusry tentang perkara itu, dia hanya ketawa kecil, katanya dia sudah terlalu lama berehat daripada menulis lagu.
"Adakalanya memang saya rindu untuk buat lagu semula, dan kadang kala ketika sendirian ada juga beberapa melodi yang datang dalam fikiran saya tapi saya masih belum bersedia untuk membuat lagu semula,"luahnya.
Tak mahu berlakon bersama
Berada didalam satu bidang yang sama, iaitu dalam bidang lakonan, Lisa dan Yusry enggan sekiranya bergandingan dalam satu layar filem yang sama.
"Saya teringin juga nak berlakon semula, tetapi rasanya bukan bersama Lisa. Mungkin kami lebih banyak ketawa di lokasi sahaja, jika digandingkan bersama kerana kami malu untuk beraksi,"luah Yusry.
"Lagipun saya tidak mahu orang akan menyampah dan muak melihat kami, jadi kami tidak mahu mencanang kisah kami dimata orang ramai pula, dan kalau boleh saya mahu menjaga hubungan ini sebaik mungkin,"jelas Lisa Surihani.

Lisa dan Yusry semakin mesra sekarang

Percintaan antara pelakon jelita Lisa Surihani bersama penyanyi, pelakon, pengarah dan pencipta lagu popular, Yusry Abdul Halim semakin menjadi perhatian ramai.

Tidak pernah mengakui ataupun menafikan cinta yang ada dalam hati mereka, pasangan serasi ini lebih senang mengatakan hubungan yang terjalin itu sebagai hubungan yang matang memandangkan kedua-duanya serius dalam memperkembangkan lagi hubungan itu keperingkat yang lebih rapat.

pasangan bahagia Lisa Surihani dan Yusry

Biarpun sebelum ini, ada khabar yang mengatakan mereka akan berkahwin pada tahun 2012 akan datang, namun baik Lisa mahupun Yusry, mereka menafikan khabar itu kerana kedua-duanya masih belum bekesempatan untuk berbincang dengan lebih mendalam tentang urusan perkahwinan.

"Saya tidak pernah menyebut apa-apa tarikh perkahwinan kami, kerana masih belum ada apa-apa perbincangan daripada kedua-dua pihak kami.

"Sebelum ini,kami tidak pernah menyorokkan hubungan yang terjalin antara kami, begitu juga sekiranya kami sudah bersedia berkahwin nanti, kami akan umumkan tarikh itu tanpa perlu merahsiakannya,"jelas Yusry.

kelihatan semakin serasi dan bahagia bersama, jelas Yusry, dia telah ke kampung Lisa di Gopeng, Perak pada malam raya pertama untuk beraya bersama kekasihnya itu.

"Lisa datang beraya di rumah saya pada hari raya pertama, tetapi sebelum itu, pada malam hari raya pertama saya sudah ke kampungnya di Gopeng, untuk beraya dengannya,"jelas Yusry.

"Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami berjalan dengan lancar, sekiranya tahun ini merupakan tahun terakhir saya beraya sebagai wanita bujang, saya juga bersedia menerimanya,"jelas Lisa.

Teringin dengar Yusry menyanyi

Gembira bercerita tentang perkembangan hubungan itu, Lisa turut meluahkan keinginannya untuk mendengar Yusry menyanyi khas buat dirinya.

"Saya dah beberapa kali meminta Yusry menyanyikan lagu untuk saya, tapi sampai sekarang masih belum tercapai lagi.

"Saya tak mahu dia nyanyi lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan dulu, kerana kalau boleh saya mahu dia mencipta lagu khas buat saya dan menyanyikan sendiri lagu itu untuk saya nanti.

Bertanya Yusry tentang perkara itu, dia hanya ketawa kecil, katanya dia sudah terlalu lama berehat daripada menulis lagu.

"Adakalanya memang saya rindu untuk buat lagu semula, dan kadang kala ketika sendirian ada juga beberapa melodi yang datang dalam fikiran saya tapi saya masih belum bersedia untuk membuat lagu semula,"luahnya.

Tak mahu berlakon bersama

Berada didalam satu bidang yang sama, iaitu dalam bidang lakonan, Lisa dan Yusry enggan sekiranya bergandingan dalam satu layar filem yang sama.

"Saya teringin juga nak berlakon semula, tetapi rasanya bukan bersama Lisa. Mungkin kami lebih banyak ketawa di lokasi sahaja, jika digandingkan bersama kerana kami malu untuk beraksi,"luah Yusry.

"Lagipun saya tidak mahu orang akan menyampah dan muak melihat kami, jadi kami tidak mahu mencanang kisah kami dimata orang ramai pula, dan kalau boleh saya mahu menjaga hubungan ini sebaik mungkin,"jelas Lisa Surihani.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: