BEKAS presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton telah menjemput beberapa orang selebriti ternama untuk merayakan tahun kesepuluh yayasan yang ditubuhkannya.
Antara artis yang hadir ialah Lady Gaga, Bono (U2), Usher dan The Edge yang akan tampil membuat persembahan dalam acara A Decade of Difference: A Concert Celebrating 10 Years of the William J. Clinton Foundation.
Acara ini akan berlangsung di di Hollywood Bowl, Los Angeles pada 15 Oktober depan dan akan disiarkan secara langsung di ClintonConcert.Yahoo.com.
"Saya bangga kerana beberapa bintang ternama ini sudi memberi sokongan kepada yayasan yang saya tubuhkan ini," katanya dalam sebuah kenyataan yang dipetik dari Spalshnews.com.
Clinton turut berkata yayasan yang ditubuhkan ini adalah bagi meningkatkan taraf hidup penduduk masyarakat di seluruh dunia.
"Yayasan ini berusaha untuk menurunkan biaya rawatan Aids dan HIV, memerangi pemanasan global, memperkuatkan ekonomi, mempermudah akses pendidikan, kesihatan dan menyediakan pelatihan dan pendanaan bagi usahawan kecil," jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: