Sunday, September 18, 2011

Johan cepat lupa


JOHAN RAJA LAWAK sedang diuji harga komedinya dalam filem pertama lakonannya, Raya Tak Jadi yang kini ditayangkan di pawagam bermula Khamis lalu.


RAMAI yang mula bercakap tentang nilai komedi regu Jozan dan Johan yang lahir menerusi program realiti Raja Lawak ini. Kemunculan Johan dan program komedi Edisi Khas di TV3 juga antara faktor yang menggilap kemahiran Jozan memecahkan ketawa di ruang tamu semua peminatnya.

Tidak pernah mengikat dirinya untuk bergerak hanya sebagai pelawak, selepas sebulan menjadi penyampai sambilan jemputan di stesen radio Era, Johan juga sedang berkira-kira untuk menerima tawaran sebagai penyampai tetap di stesen radio itu bagi mengendalikan program Riuh Pagi Era.

Dia yang kini mengendalikan program Hujung Minggu Di Era menjelaskan tawaran itu dibuat selepas pihak pengurusan berpuas hati dengan gaya penyampaiannya dan respons daripada pendengar.

Barangkali, debaran Johan untuk dinilai sebagai pelawak yang menyeluruh juga sedang diuji melalui filem pertama lakonannya, Raya Tak Jadi yang mula ditayangkan pada Khamis lalu. Filem gandingan bersama Saiful Apek itu mengisahkan pasangan dua beradik Syuib (Apek) dan Bob (Johan) yang terlibat dengan rancangan penculikan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang bakal menyebabkan pengumuman tarikh sambutan hari raya bakal ditunda.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: