|
| Fathiyah |
TIDAK seperti tahun-tahun sebelum ini, Aidilfitri tahun ini bagi Siti Fathiyah A. Ibrahim, 26 cukup sederhana.
“Kami sekeluarga tidak membuat persiapan hari raya tahun ini. Tidak bermakna kami tidak menyambutnya, tetapi kami ingin memberi tumpuan terhadap majlis perkahwinan adik saya pada 17 September ini,” ujarnya sambil tersenyum.
Mesra dengan panggilan Tia Ibrahim, wanita muda ini bersyukur kerana mereka sekeluarga dapat berkumpul sama pada hari raya tahun ini.
Walaupun tanpa majlis rumah terbuka secara besar-besaran, Fathiyah menjadikan pertemuan kali ini sebagai peluang untuk mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga.
“Saya mengambil cuti supaya dapat berkumpul dengan mereka. Pertemuan ini dilanjutkan sehingga majlis perkahwinan nanti,” ujarnya yang kini mula berjinak-jinak sebagai pelakon, model dan pengacara.
Bercerita tentang latar kerjayanya, Fathiyah pernah bekerja pereka perabot selama dua tahun dan kemudian terlibat dengan peragaan.
Dalam kesibukan kerja ketika itu, Fathiyah mula melukis potret. Sekadar suka-suka, dia merasakan jiwa melukis dan rekaan ada dalam dirinya.
Justeru itu, dia mahu mencipta koleksi rekaan pakaian dengan labelnya sendiri.
Mengakui jatuh bangun sesuatu perniagaan, Fathiyah bercadang memulakan perniagaan fesyen ini menerusi internet.
“Saya mahu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Mungkin lima tahun akan datang, saya akan membuka sebuah butik,” ujarnya yang banyak berkongsi pengalaman di blog sendiri, fath_thiyah@yahoo.com.
Menerusi blog tersebut, Fathiyah juga berkongsi petua dan aktiviti terkini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: