
KUALA LUMPUR - “Hendak buat macam mana, saya reda sekiranya wang pendahuluan RM5,000 yang dibayar sebelum ini hangus.
Demikian kata Amin, 50-an, seorang ahli perniagaan yang sebelum ini mendakwa khuatir ditipu pihak tidak bertanggungjawab apabila diminta membayar RM50,000 bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka tidak lama lagi.
Amin mengambil keputusan untuk tidak meneruskan bayaran itu selepas kisahnya dilaporkan Kosmo! semalam.
Dia juga reda jika wang pendahuluan sebanyak 10 peratus (RM5,000) daripada RM50,000 yang telah dibayar kepada individu itu lesap.
Katanya, ketika ini dia dan rakan-rakannya masih belum menerima sebarang maklumat lanjut daripada individu terbabit berhubung istiadat itu, namun pada masa sama Amin enggan lagi mengeluarkan kenyataan kepada media.
“Saya rasa cukuplah setakat ini, hati saya tidak tenang... Emosi saya juga terganggu ketika ini dan tidak lagi mahu memikirkan perkara itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: