Wednesday, September 14, 2011

Dua projek minyak di Brunei


PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Abbas Azhar (kiri) menandatangani perjanjian usaha sama dengan Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Kedua Brunei, Pehin Datuk Lim Jock Seng di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei semalam.


BANDAR SERI BEGAWAN - Malaysia bercadang membangunkan dua projek berkaitan minyak dan gas di Brunei yang djangka dapat memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara, selain mewujudkan peluang pekerjaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi projek pertama, Petronas bercadang membina sebuah kompleks petrokimia di Brunei bersama syarikat BASF di Pulau Muara Besar dan projek itu dijangka menelan pelaburan kira-kira AS$1.6 bilion (RM4.89 bilion).

Beliau berkata, projek kedua membabitkan cadangan memajukan sebuah limbungan fabrikasi di Brunei oleh Petronas menerusi anak syarikatnya, Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: