Thursday, September 1, 2011

Biskut raya untuk insan istimewa


FAHARIYAH Md. Nordin (berdiri kiri) bersama ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO bahagian Ledang dan para pelajar Kolej Komuniti Ledang selepas berjaya menyiapkan 16,000 keping biskut untuk insan istimewa di Ledang, Johor baru-baru ini.


KEHADIRAN Ramadan disusuli dengan Syawal mendorong masyarakat Islam negara ini tampil dengan pelbagai aktiviti bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Matlamatnya hanya satu, untuk memastikan golongan itu juga dapat sama-sama menikmati kemeriahan dan kegembiraan menyambut Hari Raya.

Pergerakan Puteri UMNO bahagian Ledang dengan kerjasama Kolej Komuniti Ledang misalnya telah mengadakan program Bingkisan Kasih Aidilfitri Puteri Umno Ledang - Bake for Charity.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri dan turut dihadiri Pengarah Kolej Komuniti Ledang, Sapiah Aluan.

Sebanyak 60 orang ahli pergerakan itu yang diterajui ketuanya, Fahariyah Md. Nordin telah menyumbangkan tenaga memasak dua jenis kuih raya sempena program itu.

Hasilnya, mereka berjaya menyediakan 16,000 keping kuih raya yang diedarkan kepada fakir miskin, warga emas dan, orang kurang upaya bagi membantu menceriakan aidilfitri mereka.

Selain beramal, melalui acara itu kata Fahariyah, para peserta juga dalam mempelajari teknik membuat biskut raya daripada tenaga pengajar koleh komuniti tersebut.

Kuih yang telah dihasilkan itu diedarkan kepada 220 keluarga dalam bahagian tersebut.

Ia diedarkan melalui cawangan-cawangan Pergerakan Puteri UMNO Konvoi Ramadan Puteri UMNO Ledang 2011.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: