Wednesday, September 14, 2011

Banjir tidak halang pelajar ambil UPSR


PEPERIKSAAN UPSR tetap diteruskan di SK Seri Indera dengan menggunakan tingkat satu bangunan ketika sekolah tersebut dilanda banjir semalam.


KANGAR - Kesemua 109 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang terjejas akibat rumah mereka dinaiki air selamat menduduki peperiksaan di sekolah masing-masing.

Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa berkata, pelajar tersebut sebelum itu telah bermalam di empat buah sekolah yang dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera seramai 36 calon, SK Padang Melangit, 37 calon, SK Panggas, 22 calon, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil membabitkan 14 calon," ujarnya.

Menurut Dun, sebanyak 75 pusat peperiksaan dibuka seperti biasa dengan keseluruhan 4,095 calon menduduki peperiksaan UPSR.

"Selain itu, Bilik Gerakan Banjir turut menyediakan empat buah lori bagi mengangkut para pelajar yang tidak berupaya hadir sendiri ke sekolah," ujarnya.

Tambahnya, hanya empat buah sekolah telah ditutup ekoran bencana itu melibatkan SK Padang Melangit, SK Seri Indera, Sekolah Menengah Vokasional Kangar dan Sekolah Menengah Datuk Sheikh Ahmad.

Sementara itu, seramai 497,491 calon menduduki UPSR di seluruh negara termasuk Perlis yang bermula semalam sehingga Khamis.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, ia merangkumi pelajar tahun enam di sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: