Sunday, March 7, 2010

Zizan Nin betul-betul bertunang




Bukan main-main, tetapi memang betul pelakon kacak, Zizan Nin bakal naik pelamin. Sudah bertunangan, majlis pernikahan akan berlangsung pada 19 Mac ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Siapa pilihan Zizan? Seorang gadis bertudung dan bertugas sebagai penyampai di TV9, Fazilah Hani Harun. Cantik orangnya, tinggi lampai dan sepadan sangat dengan Zizan.

Joyah tumpang gembira sebab Joyah tahu sangat perangai Zizan ni. Orangnya tak banyak cakap, tak pandai nak 'huha sana, huha sini'. Sekarang sudah sampai jodoh dan Zizan akan bernikah dalam suasana sederhana.

Walaupun Zizan tergolong dalam kategori orang popular, tetapi majlis pernikahan secara sederhana saja sebab Zizan dan bakal isterinya suka kepada kesederhanaan, tak perlu canang keliling negeri, minta sponsor sana sini. Apa yang penting, kehidupan selepas berkahwin.

Walaupun Zizan artis popular, nampaknya dia tidak 'tersilau' dengan dunia keartisannya. Zizan cuba untuk jadi lelaki biasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: