Sunday, March 7, 2010

AC Mizal beli kereta mewah RM1 juta?




WAH... hebat! Siapa kata artis kita tak boleh berjaya dan jadi kaya raya?Tengoklah AC Mizal, hidupnya senang lenang dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah sejak kebelakangan ni.

Cerita terbaru yang Niezam dengar, AC baru saja beli sebuah kereta mewah jenis Bentley.

Bukan calang-calang punya kereta. Orang besar negara dan saudagar minyak Arab saja yang naik kereta tu.

Pak menteri kita pun naik Perdana Eksekutif saja tau.

Niezam diberitahu, kereta terbaru AC itu dibelinya minggu lalu. Sebelum ini dia dah ada sebuah kereta mewah jenama Porsche. Harganya sama dengan 10 buah rumah kos rendah.

Khabarnya bisnes jualan langsung AC semakin menjadi-jadi. Bisnes gelang magnet dia pun bukan main laris. Sebab tu dia boleh hidup senang.

Itulah dinamakan rezeki yang melimpah ruah. AC pun tentu sekali tak sangka kehidupannya menjadi mudah selepas macam- macam susah payah dia lalui sebelum ini.

Yalah... Masa dengan kumpulan 4U2C dulu, macam-macam hal berlaku sampaikan kumpulan tu dibubarkan. Lepas tu pula berlaku krisis semasa dia berlakon drama Gerak Khas.

Akhirnya hari ini AC berjaya menjadi seorang usahawan yang kaya raya dan mewah. Siapa sangkakan?

Selain cerita kereta mewah, Niezam diberitahu AC juga akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah pada minggu hadapan.

Kepada AC, tahniah dengan apa yang dikurniakan Allah itu. Jangan lupa diri cukuplah ya!

NIEZAM: Bermula dengan kereta Kancil.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: