Sunday, March 7, 2010

Dia yang tinggalkan saya




Sedih juga baca cerita pasal anak dara yang seorang ni. Kalau Leez sendiri tidak cerita, barangkali Joyah pun sudah lupa. La, rupa-rupanya Leez pernah bercinta dengan Zizan (Raja Lawak) tu ya?

Setelah setahun putus cinta, baru sekarang Leez nak mengaku mereka pernah bercinta. Malangnya Leez hanya mengaku selepas mereka sudah sekian lama putus cinta.

Malah Leez dengan tak malunya memberitahu dia ditinggalkan terkontang-kanting oleh Zizan tanpa sebarang penjelasan sejak setahun lalu.

"Memang saya sendiri tidak tahu apakah punca sebenar disebalik perpisahan saya dengan Zizan. Dia tinggalkan saya begitu saja, tak cakap apa-apa," terang Leez.

Selain itu Leez juga tanpa rasa bersalah kepada diri sendiri menjelaskan pada awalnya, dia memang susah hendak terima kenyataan ditinggalkan oleh Zizan, sampaikan serik untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki lagi.

Kalau Joyah jadi Leez, sampai mati pun Joyah tak akan mengaku pernah bercinta dengan Zizan kalau sudah macam itu keadaannya.

Buat apa nak mengaku kalau akhirnya membuatkan diri sendiri malu? Alah Leez, kalau setakat macam Zizan, sekali petik sepuluh yang datanglah. Jangan risau, awak tu muda lagi. Jangan sebab seorang lelaki, anda menderita. Buat rugi hidup saja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: