Sunday, March 7, 2010

Wajah baru One Drop




MELANGKAH tahun baru, memberi inspirasi kepada pengeluar dan pengimport pati minyak wangi tanpa alkohol terbesar di Malaysia, One Drop Sdn. Bhd lahir dengan idea baru.

Sebagai pembuka tirai, One Drop Perfumes (ODP) memperkenalkan wajah baru botol dan kotak yang lebih eksklusif. ODP kini hadir dengan yang menampilkan konsep yang lebih moden dan penuh warna. Wajah baru ODP dicipta dengan kotak bermagnet yang mudah dibuka. Selain itu, botol wangian hadir dengan warna mengikut setiap set wangian. Kandungan pati minyak wangi juga dinaikkan kepada tiga milimeter setiap botol.

Pembaharuan dilakukan demi meningkatkan lagi penerimaan produk ini di kalangan pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat di dalam dan juga luar negara. Masih berpegang pada prinsip harga yang tidak membebankan pengguna, harga dikekalkan pada RM 40 bagi pek biasa dan RM 45 bagi ' Celebrities Special',

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan One Drop Sdn. Bhd, Josafri Johari, pembaharuan ini sebagai menghargai pengguna sedia ada dan juga untuk meluaskan lagi pengaruh produk ini kepada semua lapisan masyarakat.

"Diharap pembaharuan yang dilakukan ini mampu memberi saingan yang lebih sengit kepada industri minyak wangi antarabangsa. Pembaharuan ini juga membuka mata masyarakat luar bahawa kita juga mampu bersaing di pasaran dunia," jelasnya.

Pek baru ini telah memasuki pasaran sejak awal Februari lalu dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari pengguna mahu pun pengedar ODP di seluruh negara.

ODP memperuntukkan RM750,000 yang mensasarkan jumlah jualan antara RM15 juta hingga RM20 juta tahun ini bagi pasaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: