|
|
TEKNOLOGI nano memberi perlindungan, penyembuhan dan khasiat kepada kulit. Teknologi terkini itu dapat meresap jauh ke dalam akar epidermis kulit. Menggunakan teknologi dari Jepun, ia dikatakan mampu bertindak lebih pantas dan efektif dalam usaha mencerahkan kulit kerana ia mensasarkan sel dan kawasan sekitar yang berkaitan.
Ia juga seribu kali lebih halus dan kecil membolehkannya menyerap ke dalam kulit dalam usaha menyembuh, menyegar, melembap sekali gus memperbaiki sel kulit pemakai.
Teknologi nano diperkaya dengan omega white-C yang bertindak lima kali lebih cerah daripada biasa.
Ia seterusnya membantu mengurangkan masalah warna kulit tidak sekata dan kehadiran bintik perang di samping mengurangkan tanda penuaan.
Selain itu, ia mengandungi dua jenis partikel nano iaitu idebenano dan vitamin C serta E yang ‘mengangkut’ omega white-C dan endorfin aromakologi ke dasar lapisan kulit bagi proses penyerapan yang lebih efektif. Ia dikenali sebagai reparative antioxidising, agen yang mampu membantu mengurangkan tanda penuaan.
Sementara itu, nano peptida bagai kolagen yang mampu mengurangkan garis halus lantas menjadikan kulit lebih segar. Endrofin aromakologi merupakan molekul yang memainkan peranan aktif untuk merangsang penghasilan beta-endorfin, hormon manusia yang terhasil akibat rasa keseronokan atau ketika berada dalam mood baik. Ia juga digelar happy nano.
Menurut Pengurus Komunikasi Tohtonku Sdn. Bhd, Monita Goh, teknologi itu mampu bertindak lebih pantas dan efektif untuk mencerahkan kulit kerana ia menyasarkan sel dan kawasan sekitar yang berkaitan.
“Teknologi nano unik dan terkini dalam penghasilan produk kosmetik kerana ia seribu kali lebih halus dan kecil membolehkan ia mampu menyerap ke dalam kulit dalam usaha menyembuhkan, menyegarkan, melembap sekali gus memperbaiki sel kulit pemakai. Justeru itu, Tohtonku menghasilkan rangkaian produk pemutih, Nanowhite,” katanya.
Tambah Monita, Nanowhite adalah satu-satunya produk penjagaan kulit yang mengandungi happy endorfin yang membuka sel kulit untuk penyerapan yang lebih baik.
“Ia merupakan produk pemutihan terhalus. Kombinasi teknologi nano-happy yang unik dengan bahan-bahan terkini membuatkan kulit lebih cerah dan berseri dengan lebih pantas. Dengan nano-happy, segala bintik hitam, tompok gelap dan pigmentasi akan dapat dikurangkan. Anda akan kelihatan semakin cerah dan cantik setiap hari,” ujarnya.
Monita memberitahu, penggunaan teknologi itu akan membuka liang roma anda untuk kuasa penyerapan bahan aktif yang lebih baik. Molekul-molekul nano meresap seribu kali jauh ke dalam kulit.
Sementara itu, Nanowhite memperkenalkan pelakon dan penyanyi, Diana Danielle sebagai jurucakap produk tersebut mulai bulan depan. Dikenali sebagai “D" di kalangan peminat, pelakon berbakat, cantik dan bijak, amat bersesuaian sekali dijadikan sebagai duta Nanowhite.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: