TAKAFUL Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) bercadang melantik sekurang-kurangnya 2,000 ejen baru di seluruh negara tahun ini.
KERJASAMA...Mohamed Hassan (empat dari kanan) dan Dennelind (empat dari kiri) selepas pengumuman kerjasama Takaful Malaysia dengan DiGi, semalam.
Beliau berkata, pihaknya yakin kerjasama pintar dengan DiGi itu dapat memastikan setiap ejennya dilengkapi perkakasan terbaik untuk mencapai sasaran perniagaan terutama ketika industri takaful berkembang pesat sekarang.
“Penyelesaian itu membabitkan perkhidmatan suara mudah alih dan jalur lebar kepada pekerja, pengedar dan rakan niaga dalam usaha mewujudkan keberkesanan kos selain kecekapan perniagaan.
“Ketika ini, Takaful Malaysia mempunyai 300 ejen dan akan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan jalur lebar dan Internet berkelajuan tinggi EDGE disediakan DiGi sebagai sistem mata jualan asas bagi merealisasikan matlamat berkenaan,” katanya pada sesi taklimat media sempena pengumuman kerjasama Takaful Malaysia dengan DiGi di Shah Alam, semalam.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Takaful Malaysia menyasar untuk melebarkan penguasaan pasarannya membabitkan asas aset kepada 50 peratus.
| |
“Pada masa ini, Takaful Malaysia mencatat penguasaan dalam pasaran membabitkan asas aset 40 peratus,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DiGi, Johan Dennelind, berkata penyelesaian mudah alih ditawarkan itu mampu membantu Takaful Malaysia mencapai sasaran perniagaannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: