Monday, March 15, 2010

Reese Witherspoon belum mahu kahwin


REESE dan Jake sebelum ini dilaporkan bakal berkahwin tetapi mereka tiada jodoh apabila cinta yang dijalinkan mereka musnah di tengah jalan.


AKTRES jelita Reese Witherspoon yang dikatakan sedang bercinta dengan ejen publisiti di Hollywood, Jim Toth, 39, sejak Februari lalu tidak mahu tergesa-gesa dalam soal perkahwinan. Namun, teman lelaki terbarunya itu sudah bersedia untuk membuat lamaran.

Menurut salah seorang bekas teman wanita Jim kepada majalah InTouch: "Jim tidak mahukan hubungan kasual. Dia serius dengan Reese. Dia seorang lelaki yang baik tetapi sudah mahukan kehidupan yang stabil. Jim kehilangan ayahnya tahun lalu. Itu yang membuatkan dia terdesak untuk berkahwin."

Namun, Reese berpendapat dia berkahwin terlalu muda dengan Ryan Phillippe ketika berusia 21 tahun. Jadi dia tidak mahu melalui satu lagi penceraian.

"Reese berharap hubungan ini dapat berjalan dengan perlahan. Dia sangat gembira dengan situasi sekarang dan tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Dia hanya akan memberikan komitmen jika yakin dengan lelaki yang dicintainya," kata satu sumber.

Pelakon berusia 33 tahun itu baru sahaja berpisah dengan aktor, Jake Gyllenhaal sekitar Disember lalu. Dia juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan Ryan, Ava, 10 dan Deacon, 6 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: