Monday, March 15, 2010

Diane suka gaduh Diane suka gaduh


DIANE KRUGER


PELAKON yang popular menerusi filem Inglourious Basterds, Diane Kruger mendedahkan dirinya hampir ditahan beberapa kali kerana sering bertengkar dengan pihak berkuasa.

"Memang saya mempunyai masalah dengan pihak berkuasa dan hampir ditahan beberapa kali. Paling teruk adalah semasa di lapangan terbang.

"Saya perlu melalui laluan keselamatan tetapi hanya membawa satu barangan. Namun, pengawal keselamatan meminta saya memasukkannya ke dalam beg plastik. Macamlah beg plastik akan menjadikan barangan itu lebih selamat," kata Diane kepada majalah Marie Claire.

Tambah aktres Jerman berusia 33 tahun itu, dia percaya sikapnya itu hasil daripada zaman remajanya yang kuat memberontak terutama di sekolah.

"Saya selalu bergaduh. Kecuali ada orang yang boleh menjelaskan kepada saya. Tapi saya mahukan penjelasan yang masuk akal.

"Saya rasa semua orang mempunyai masalah semasa melalui zaman kanak-kanak. Tapi saya seorang yang panas baran semasa zaman remaja.

"Saya bencikan sekolah dan agama Katolik menjadi sebahagian daripada puncanya. Semuanya perlu menjadi sempurna," ujarnya lagi.

Bekas model itu kini sedang mencari jalan untuk mengurangkan perasaan marahnya. Jadi dia memberikan fokus kepada tarian balet yang dilihat salah satu cara menyalurkan kekecewaannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: