Monday, March 15, 2010

Razzi kembali dengan duo




Judul Album: Razzi Rahman - Irfan KhairiArtis: Razzi Rahman dan Irfan KhairiKonsep Muzik: Sentimental PopTerbitan: Razzi Rahman ProductionsKOMEN: Penyanyi tahun 1980-an Razzi Rahman yang bersuara lembut dan gemersik kembali dengan album single terbarunya yang mengandungi tiga lagu berjudul Kerana, Misteri dan Akustik Sepi.

Razzi yang masih mengekalkan gaya suara yang sama seperti dulu bukan setakat menyanyi tetapi turut mencipta dua lagu berjudul Misteri dan Akustik Sepi menerusi album ini.

Menariknya, Razzi tidak muncul sendirian tetapi bersama rakan duonya, Irfan Khairi yang turut mencipta sebuah lagu berjudul Kerana.

Sungguhpun begitu, mereka tidak berduet sebaliknya, menyanyikan lagu-lagu dalam album ini secara berasingan.

Lagu Kerana yang berkonsepkan sentimental pop rock menyerlah nada suara Razzi yang tinggi dan serak-serak basah yang menggembalikan zaman kegemilangannya suatu ketika dulu.

Gaya suara Razzi bukan setakat sesuai untuk lagu-lagu berentak sentimental tetapi juga slow rock terutamanya lagu Kerana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: