Sunday, March 7, 2010

Raffi perlu lebih tegas




HUBUNGAN cinta antara Yuni Shara dengan Raffi Ahmad sudah tidak menjadi rahsia lagi. Kemana sahaja, mereka kelihatan bersama tanpa segan-silu mempamerkan kemesraan kepada umum. Namun kesudahan kepada hubungan ini belum jelas ternampak dan menimbulkan rasa bimbang di hati Yuni Shara.

Yuni mengakui dia sangat serius dalam hubungannya dan telah bersedia untuk menjadi suri hidup Raffi. Namun Raffi apabila ditanya tentang rancangannya untuk menikahi Yuni hanya menjawab bahawa dia ingin santai dahulu dan merahsiakan dahulu sasaran untuk menamatkan zaman bujangnya.

Dengan sikap Raffi yang begini, menyebabkan Yuni sedikit tertekan dan meminta Raffi untuk tegas dalam menentukan masa depan mereka berdua lebih-lebih lagi Raffi menurutnya sudah dewasa. Pada 17 Februari lalu genap usia Raffi 23 tahun. Pesta ulang tahun Raffi disambut secara meriah dan hadiah istimewa daripada Yuni kepada Raffi ialah seutas jam tangan.

Jika dilihat, ibu Raffi, Amy Qanita, seolah-olah telah merestui hubungan antara anaknya dengan wanita yang lebih tua 16 tahun daripada anaknya itu.

Namun apabila ditanya adakah Raffi akan segera menikahi Yuni, Amy menyatakan bahawa masih banyak hal yang perlu diuruskan oleh Raffi termasuk mencari wang dan meneruskan pelajarannya.

Daripada jawapan yang diberikan oleh ibu kepada Raffi itu, seolah-olah hubungan antara dua sejoli ini masih tiada titik hujungnya dan Yuni perlu terus bersabar menanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: