Sunday, March 7, 2010

Berpantang buat Nadia langsing


NADIA mengajak peminat berkongsi bisnes Losyen Cantik yang dipasarkan.


BANYAK wanita yang bermasalah untuk menurunkan semula berat badan selepas melahirkan anak.

Macam-macam petua sudah

dicuba, macam-macam cara

dibuat, berhabis ribuan ringgit, kegemukan tetap melanda wanita-wanita selepas bersalin.

Akhirnya terpaksa diakui, bukan mudah untuk mendapatkan kembali kelangsingan badan sama seperti sebelum mengandung dan bersalin.

Malah ada sesetengah artis yang mengambil masa agak lama untuk muncul semula ke pasaran kerjaya mereka kerana tidak mahu dilihat gempal berisi.

Ini termasuklah penyanyi Ziana Zain yang mengambil masa lebih enam bulan untuk muncul di depan khalayak kerana mahu dilihat sempurna.

Justeru ada sebab kenapa pelakon Nadia Mustafar berasa beruntung sekali kerana tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ‘berkurung’ di rumah selepas bersalin anak pertamanya. Sebaik habis masa 40 hari berpantang, dia sudah ke lokasi penggambaran dengan penuh yakin.

Kembali langsing selepas bersalin, Nadia merasakan dia adalah wanita bertuah kerana tidak sesekali dihimpit masalah kegemukan selepas bersalin anak pertamanya awal 2009.

“Masa mengandung berat badan Nadia naik hampir 55 kilo gram. Bagaimana pun selepas menjalani proses berpantang dengan baik, sekarang Nadia sudah kembali ke asal iaitu 43 kilogram,” kata ibu kepada Qaliff Izham, ini.

Petua Nadia hanya satu, amalan berpantang yang serius. Tanpa meminggirkan petua orang lama, sesi berpantang Nadia dibantu oleh ibu tersayang.

Selain melalui regim berpantang yang serius, Nadia juga bertuah kerana mempunyai produk sendiri, Losyen Cantik Pati Halia yang diformulasikan menggunakan herba-herba terpilih termasuk serai wangi.

“Masa dalam pantang, memang Nadia rasa beruntung sangat sebab ada produk ini. Hari-hari guna, setiap masa pakai ia benar-benar membantu Nadia menghadapi masalah selulit dan lemak kesan daripada mengandung.

“Selain itu Losyen Cantik juga amat sesuai untuk mengeluarkan angin dalam badan, sengal-sengal badan, selain berkesan untuk menghilangkan ruam-ruam kehitaman di celah ketiak dan paha, jika guna mengikut peraturannya,” kata Nadia lagi.

Kini setelah bergelar ibu kepada dua anak, (termasuk seorang anak angkat), Nadia berasakan dia sedang melalui fasa hidup yang begitu indah.

Komitmen kepada keluarga bagaimanapun tidak pernah menghalang perhatiannya kepada kerjaya dan bisnes yang ditekuni.

“Sekarang hidup jadi lebih tenang, lebih bahagia dengan kehadiran anak sendiri di samping seorang anak angkat.

“Nadia selalu berasa diri Nadia bertuah kerana dikelilingi oleh keluarga yang lengkap seperti sekarang,” kata rakan baik aktres Rita Rudaini ini lagi.

  • Ajak peminat kongsi bisnes
  • Memulakan langkah baru, Nadia membuka ruang untuk peminat-peminat dan mereka yang berminat untuk berkongsi bisnes berkenaan bersama-sama untuk tahun 2010 ini.

    “NC sudah diperkenalkan semenjak tahun 2008 lagi. Sambutannya amat mengalakkan, diluar jangkaan.

    “Bagaimanapun Nadia berhadapan dengan beberapa masalah, termasuk masalah kesihatan semasa mengandung jadi bisnes menjadi sedikit perlahan walaupun banyak permintaan untuk produk Losyen Cantik daripada agen dan stokis.

    “Alhamdulillah, sekarang ini Nadia sudah bersedia semula untuk kembali ke pasaran kerana yakin akan keberkesanan produk ini.

    “Setelah berbincang dengan pihak pengilang, Mum Bio Cost. Sdn. Bhd. mereka memang mengalakkan Nadia supaya meneruskan penerbitan Losyen Cantik kerana produk ini mendapat permintaan yang cukup hangat di pasaran sewaktu di pasarkan.

    “Nadia juga telah bersetuju supaya segala urusan pengedaran dibuat secara terus oleh pihak pengilang kepada agen-agen yang dilantik” katanya.

    Perhatian utama Nadia untuk berkongsi bisnes berkenaan ialah kepada golongan wanita, terutamanya ibu tunggal dan suri rumah tangga yang ingin mencari pendapatan sampingan.

    Dengan membuka ruang ini, Nadia yakin dapat membantu banyak pihak yang bermasalah dan dia juga berhasrat untuk mengatur jadual promosi berterusan di media cetak dan elektronik bagi mengembangkan produk berkenaan.

    Sesiapa yang berminat untuk berkongsi bisnes Losyen Cantik dengan menghubungi talian 013-2731230.

    “Ini fasa baru untuk Nadia dan Nadia ingin kongsi dengan wanita lain bisnes ini,” katanya lagi.

    No comments:

    Post a Comment

    Tinggalkan Komen Anda Sini: