![]() |
| SEKIRANYA berjaya, ekspedisi menawan Annapurna akan meletakkan wanita ini sebagai yang pertama menamatkan 14 puncak tertinggi dunia. |
PA sahaja cabaran yang tidak membunuh, ia pasti akan menguatkan kita’ itulah prinsip hidup yang tertanam di dalam diri pendaki wanita Sepanyol, Edurne Pasaban.
Ketika usia remajanya, aktiviti mendaki gunung bersama-sama rakan hanya sekadar senaman dan untuk kepuasan sendiri.
Puncak demi puncak, Edurne muncul sebagai wanita ketiga yang berjaya mendaki 11 daripada 14 puncak berketinggian lebih 8,000 meter selepas Gerlinde Kaltenbrunner dan Nives Meroi.
Pada Mei 2009, pendaki wanita berusia 47 tahun itu menambah satu lagi puncak iaitu Kangchenjunga di dalam senarai pencapaiannya, sekali gus menjadi wanita pertama yang mendaki 12 puncak melebihi paras 8,000 meter.
Kini impian pendaki Sepanyol itu semakin tinggi, iaitu untuk menawan dua lagi puncak iaitu Annapurna I dan Shisha Pangma dengan harapan besar di hatinya.
Menjadi pendaki wanita pertama
Ketika anda sedang mengagumi kegigihannya, Edurne kini berada di Nepal dalam ekspedisi pendakian Shisha Pangma (8,046m) dan Annapurna I setinggi (8,019m).
Sekiranya pendakian itu berjaya, beliau akan menjadi wanita pertama di dunia yang berjaya menawan 14 puncak melebihi 8,000 meter di dunia.
Sama ada berjaya atau tidak menawan puncak terakhir itu, Edurne sekurang-kurangnya dijangka menambah satu lagi rekod iaitu Annapurna I harus ditempuhi dalam pendakian ke Shisha Pangma.
Pada sidang media baru-baru ini, Edurne meletakkan sasaran untuk mencapai impiannya itu pada musim panas tahun ini dengan pendakian sebenar bermula April melalui laluan IƱaki, Nepal.
Misi menawan 14 puncak tertinggi itu tercetus selepas beliau berjaya ke puncak Broad Peak pada 2007.
“Sebelum itu cita-cita untuk menakluk kesemua 14 puncak tertinggi (14x8000ers) masih belum timbul.
“Ketika merancang pendakian untuk 2008, saya baru menyedari bahawa cuma tinggal lima lagi puncak untuk ditamatkan,” katanya.
Sehingga ke tahap itu, pelbagai cabaran dan kesukaran sudah dilalui beliau. Semasa pendakian ke puncak K2 (8,611m), Edurne kehilangan dua daripada ibu jari kakinya. Beliau terpaksa menghabiskan masa berminggu-minggu di hospital dan menanggung tekanan kesedihan selama beberapa tahun.
Namun selepas kejadian yang mengubah segala pendiriannya itu, timbul keinginan memuncak untuk mengecapi impian terakhir iaitu ke puncak Annapurna.
Ekspedisi Edurne mula mendapat tumpuan media di seluruh dunia ditambah dengan keupayaan beliau yang juga memegang posisi ketua ekspedisi.
“Saya menguruskan segalanya sendiri. Merancang matlamat, mengatur strategi, mencari dana dan kelengkapan, kertas kerja hinggalah memeriksa ramalan cuaca,” jelas beliau.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: