![]() |
| Hijau lembut dan merah jambu warna sesuai untuk wanita. |
Nike sekali lagi muncul dengan koleksi Nike Sportwear buat wanita yang mementingkan gaya dan kelihatan anggun biarpun semasa bersukan.
Pada musim luruh tahun lalu jenama sukan antarabangsa Nike melancarkan koleksi Nike Lunar Glide khusus untuk kaum Adam.
Melihat sambutan hangat yang menggalakkan, Nike sekali lagi mengeluarkan kasut larian khusus untuk wanita dalam versi terbaru sempena musim bunga 2010.
Dengan tagline Actually, It Is Rocket Science kasut itu sememang mengetengahkan teknologi termaju dalam penghiasan kasut bagi tujuan berlari. Apa yang pasti, kasut yang didatangkan dengan warna -warna lembut seperti merah jambu dan hijau muda itu sememangnya cukup menarik dan elegan.
Ruang dalamannya yang lembut dan sokongan pada bahagian tumit membuatkan kasut ini cukup selesa.
Nike Lunar Elite dicipta menggunakan teknologi inovatif yang dinamakan Dynamic Support.
Struktur sokongan ini merangkumi pelapik kusyen terbaik yang mampu menyerap hentakan, selain itu tidak berkompromi tentang aspek kestabilan.
Menggabungkan penggunaan kabus dan teknologi Flywire, kasut NikeLunar Elite direka untuk mengurangkan berat.
Berpengalaman luas dalam bidang fesyen sukan membuatkan segala inspirasi rekaan masih mengekalkan kualiti yang sama.
Nike sentiasa menghimpunkan pakaian terbaik, sesuai digayakan dalam pelbagai situasi dan aktiviti.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: