Wednesday, March 17, 2010

Miu Miu kini di Suria KLCC


Hampir keseluruhan ruang dalam butik dilitupi cermin dan warna keemasan bagi mencetuskan cita rasa mewah.


MELALUI hasil rekaan arkitek Itali, Roberto Baciocchi, Miu Miu meneruskan kegemilangannya di seluruh dunia dengan pembukaan butik pertama di Suria KLCC baru-baru ini.

Bahagian dalaman butik tersebut mempamerkan ruang tunggal terbuka dengan permukaan seluas 161 meter persegi yang menempatkan beberapa bahagian berbeza seperti pakaian wanita, kasut, beg dan koleksi aksesori.

Melangkah ke ruang yang lebih dalam, terdapat tingkap backlit yang dilitupi kain tenunan emas.

Bahagian dinding butik, kaunter, meja dan kotak yang dipamerkan turut dihiasi dengan tenunan emas yang diperkaya dengan kaca yang berkilau.

Sejumlah besar cermin turut ditempatkan di dalam Butik Miu Miu Suria KLCC dengan hiasan permaidani berasaskan fabrik moquette mewah yang melitupi lantai.

Sentuhan kontemporari lebih dirasai dengan rak terapung dengan bucu besi berkilau yang dicipta khas untuk pameran produk dan disambungkan ke dinding dengan besi berjalur hitam.

Ruang istirehat dan lorong berjalan ditempatkan di lokasi strategik bagi memastikan pengalaman peribadi yang menyeronokkan ketika membeli-belah.

Segala pakaian, beg, kasut dan koleksi aksesori yang dijual bersifat feminin dan mewujudkan keharmonian warna yang pelbagai.

Sebuah Butik Miu Miu sememangnya mudah untuk dikenali kerana menawarkan pelbagai barangan dengan gaya tersendiri yang unik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: