Monday, March 1, 2010

Lili laut atasi masalah kulit


Rangkaian produk Advanced White Plus HP yang kaya dengan rawatan lili laut.


Saya telah menggunakan produk pemutihan kulit tetapi masih belum dapat melihat kulit saya kembali cerah dengan berkesan dan pantas seperti yang saya inginkan."

Persoalan itu diajukan kebanyakan wanita yang ingin kulit kembali cerah dalam masa yang singkat.

Ramai yang tidak tahu, melanin menjadi punca utama permasalahan ini yang tidak disedari ramai wanita.

Wanita sering risau pada perubahan ton kulit yang berlaku disebabkan penghasilan melanin. Melanin pada kulit orang Afrika adalah lebih banyak daripada masyarakat Asia dan masyarakat kulit putih justeru ia menyebabkan kulit orang Afrika lebih gelap.

Menurut Perunding Dermatologi Hospital Pantai, Kuala Lumpur, Dr. Steven Chow, kulit harus dijaga dengan produk rawatan sesuai selain mengamalkan cara hidup sihat. Penggunaan produk pemutihan yang betul akan mengembalikan ton asal kulit.

Tambahan pula, Asia sering mengalami perubahan cuaca yang memberi kesan kepada kulit.

Menurut Dr. Steven, melanin terbentuk antara lapisan epidermis. Sel melanin mengandungi tirosina, iaitu sejenis bahan yang tidak berwarna.

"Apabila sinaran ultraungu menembusi sel melanin, satu lagi jenis tirosina akan muncul. Enzim jenis ini biasanya diaktifkan oleh sinaran ultraungu saja. Tirosinase akan mencetuskan pengoksidaan tirosina dan menjadikannya

hitam. Inilah cara melanin terbentuk.

"Pigmen daripada sel melanin menghantar pigmen ke lapisan bawah dan memendapkan melanin ke dalam sel. Sebab itu ton kulit seseorang boleh berubah," ujarnya dalam majlis pelancaran rangkaian produk Advanced White Plus HP baru-baru ini di Sassorosso, Lorong Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Selain melanin, wanita Asia juga risau mengenai perubahan semula jadi wajah yang akan kendur dan mengalami proses penuaan.

Dr. Steven menjelaskan, faktor yang mempercepatkan penuaan kulit termasuk kurang rehat, merokok, minum arak, tekanan dan pencemaran udara.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Clarins menghasilkan jaringan baru produk pemutihan kulit yang membantu mengatasi bintik hitam dan ton kulit yang tidak sekata.

Pada tahun ini inovasi Clarins, ekstrak lili laut melengkapkan sistem eksklusif pemutihan. Ia dapat mengawal pengeluaran melanin, pindahan melanin yang berlebihan, dan pengurangan bintik-bintik hitam. Hasilnya, ia membantu setiap wanita Asia mencapai kulit yang sekata, cerah bersinar seperti yang mereka idamkan.

Rangkaian produk Advanced White Plus HP yang kaya dengan rawatan lili laut ini dikatakan dapat mengurangkan masalah pigmentasi, menjadikan kulit lebih halus di samping mengawal pengeluaran melanin.

Menerusi rangkaian produk berkenaan, pembersihnya dikenali sebagai Pearl to Cream Brightening Cleanser. Produk lain adalah losen berkristal bebas minyak Whitening Pure Aqua, losen susu Whitening Soft Aqua Milk, pelindung

cela All Spots Whitening Corrector, losen pelembap Whitening Moisture Day Lotion SPF 20 dan Intensive Whitening Smoothing Serum.

Rangkaian produk Clarins ini boleh didapati di semua kaunter Clarins bermula Mac ini.

Rangkaian produk baru ini boleh didapati di semua gedung terkemuka Clarins bermula dari 1 Mac 2010 dan seterusnya.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: