Monday, March 22, 2010

Lan sukar bergerak solo?


AZLAN (kanan) bersama pemuzik The Typewriter yang sering kali mengiringi persembahannya.


SEJAK memutuskan untuk keluar dari kumpulan indie popular, Meet Uncle Hussain, bekas vokalis utama kumpulan itu , Norazlan Rosle, 28, atau lebih dikenali sebagai Lan memasang angan dan cita-cita sendiri dalam menaikkan nama kumpulan barunya, Azlan & The Typewriter.

Setelah lima bulan secara rasmi meninggalkan kumpulan tersebut, laluan yang ditempuhi Lan sejak bergerak solo tidaklah semudah yang disangka.Ini kerana ketika ditemui baru-baru ini pada sidang akhbar peraduan mencipta klip video lagu Gerak Hati, Lan mengakui canggung bergerak sendirian. Biarpun masa-masa yang diharungi semakin menampakkan riak selesa namun, Lan tetap mahukan kehadiran pemuzik iringan, The Typewriter dalam menghidupkan lagi persembahannya.Bukan sahaja sebagai menterjemah 'ketaksuban kegilaan' dirinya terhadap muzik malah, kecintaan dan jiwa muzik seorang Azlan secara tidak langsung dizahirkan menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya.Agak bertuah, biarpun nama Azlan & The Typewriter masih belum cukup mesra di halwa telinga peminat muzik namun, apa yang menarik, syarikat telekomunikasi terkenal, Celcom menerusi U.O.X. Prepaid bekerjasama dengan syarikat pengurusannya, Satu Entertainment menganjurkan pertandingan mencipta klip video untuk single terbarunya, Gerak Hati.Bukan hanya pertandingan, langkah tersebut secara tidak langsung dianggap sebagai satu cabang promosi buat Lan dan pemuzik iringannya itu yang bakal muncul dengan album sulung mereka, Peta Minda, April ini.

Selain menggunakan idea dan konsep yang dicetuskan oleh peminat sendiri dalam menghasilkan klip video, akui Lan ini salah satu cara yang paling mudah untuk Azlan & The Typewriter mendekatkan diri dengan peminat.Pertandingan yang menawarkan hadiah kemenangan RM10,000 itu terbuka kepada para peminat kumpulan itu terutama para pelajar universiti mahupun kolej berusia antara 18 hingga 25 tahun.Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang www.fuseasia.com/mov/ atau hubungi talian 017-2469282.

Peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut boleh menghantar kertas kerja tentang idea, konsep dan jalan cerita mengenai klip video bermula 22 Mac hingga 30 April ini."Ini pendedahan yang baik kepada para pelajar untuk menghasilkan sesebuah klip video secara profesional."Apa yang saya lihat, kebaikan daripada pertandingan ini ialah secara tidak langsung Azlan & The Typewriter dapat mendekatkan diri dengan para peminat," kata Lan.Bercerita tentang perkembangan Azlan & The Typewriter, sehingga ke hari ini Lan mengakui dia begitu berpuas hati bergerak secara sendiri. Namun, apa yang membezakan kali ini dia perlu berusaha lebih keras untuk mengetengah dan memperkenalkan nama Azlan & The Typewriter di persada seni.

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan, Azlan & The Typewriter kini lebih banyak bergantung kepada jenama Lan sendiri kerana sebelum ini dia sudah cukup dikenali sebagai penyanyi yang mampu menyanyikan lagu bernada tinggi."Secara jujur, terus-terang saya boleh bergerak sendiri namun, tidak selesa apabila ingin membuat persembahan pentas kerana sebelum ini sudah begitu terbiasa dengan kumpulan."Saya puas hati bergerak sendiri kerana saya bebas berkarya dan mungkin inilah jati diri seorang Azlan itu sendiri."Walaupun nama Azlan & The Typewriter masih belum cukup kukuh, namun saya rasa bermula dari bawah adalah lebih baik daripada terus popular," kata Lan lagi.Lan kahwin November

Lan yang telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya, Normala Hassan, pada Julai 2009 mengakui bakal menamatkan zaman solonya pada November ini.Tambahnya, selain sibuk menyiapkan album sulung Azlan & The Typewriter yang dijangka bakal menemui peminat pada bulan depan, dia juga sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya."Barang-barang ada yang saya sudah disediakan, cuma masih belum membuat tempahan kad kahwin."Insya-Allah kalau tiada aral mungkin majlis pernikahan saya nanti akan dibuat di Johor," katanya yang telah pun selesai menyertai kursus perkahwinan pada September tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: