Monday, March 1, 2010

Kreativiti kasut sukan


KASUT but ini menampilkan gaya terkini. Sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan gaya.


PERNAHKAH ANDA terfikir bahawa senaman berjalan dan berlari memerlukan kasut sukan yang berlainan jenis. Mungkin bagi setengah orang memiliki sepasang kasut sukan sudah memadai.

Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti luar seperti bersukan dan bersenam, mungkin anda boleh memperuntukkan sedikit wang untuk membeli beberapa pasang kasut. Selain memberi keselesaan, ia akan mengurangkan risiko kecederaan. Setiap kasut mempunyai bentuk mengikut fungsi masing-masing. Misalnya, struktur getah pada bahagian tapak kasut untuk kasut berlari dan berjalan adalah berbeza. Kasut yang sesuai untuk berlari mempunyai daya tahan yang lebih. Sementara itu, kasut yang digunakan untuk latihan, biasanya mempunyai tapak yang lebih rata. Manakala kasut untuk berlari dan berjalan mempunyai tapak kasut yang lebih berlengkok. Jenis kasut latihan ini mempunyai persamaan dengan kasut untuk kanak-kanak. Dalam hal ini, kualiti dan keselesaan adalah aspek penting.

Sambil bersukan, anda juga mungkin boleh bergaya seperti yang cuba ditampilkan jenama antarabangsa, Reebok.

Ia sesuai dengan mesej terkini yang cuba ditampilkan Reebok iaitu Reejoy, Reesport dan Reethink untuk mengembalikan semangat dan kegembiraan dalam apa jua dilakukan.

Bersantai

Justeru itu, anda boleh mendefinisikan sukan mengikut apa yang mereka gemari sama ada untuk aktiviti kasual atau sukan.

Pemilihan kemeja-T yang ceria mungkin boleh memberi semangat kepada anda untuk bersukan. Jika ingin bersantai, anda mungkin boleh memadankan dengan seluar jean dan kasut sukan.

Selain itu, Reebok juga beru sahaja melancarkan rekaan terkini kasut wanita Reebok EasyTone yang mendapat sambutan selepas dilancarkan pada tahun lalu.

Reebok EasyTone dihasilkan menerusi kajian daripada kejuruteraan Nasa Bill Mclnnis yang mengambil masa 18 bulan untuk mendapatkan keseimbangan pada tapak kasut, seterusnya membentuk kestabilan si pemakai setiap kali melangkah.

Di Amerika Syarikat, Reebok EasyTone mencetuskan kegilaan baru sehingga mencapai jualan terpantas menerusi laman sesawang www.reebok.com.

Rekaan ini memenuhi cita rasa wanita yang ingin kekal menawan dalam apa jua keadaan.

Bukan setakat itu, Reebok turut menampilkan beg sandang dan beg sukan untuk bersukan malah ia juga sesuai untuk aktiviti kasual.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: