
“KAMI tidak mahu bola sepak Slovakia dipandang rendah. “Kami adalah antara pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010, pertama kali sejak kami menjadi sebuah negara yang merdeka pada 1993.”
Demikian penjelasan Pengarah Liga I, ULK Slovakia, Peter Dedik dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
Dedik mengeluarkan kenyataan tersebut kerana mereka merasakan turut terkena tempias ekoran dakwaan pihak tertentu yang mengkritik skuad Bawah 21 tahun (B-21) negara, Harimau Muda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: