Thursday, March 18, 2010

Park Sandara dipaksa seksi


PARK SANDARA menafikan terdesak untuk popular mendorong dia beraksi ghairah dalam sesi fotografi.


SEBELUM menyertai kumpulan 2NE1 setahun lalu, Park Sandara pernah mencipta kemasyhuran di Filipina sebagai hos sebuah program bakat, Star Circle Quest pada tahun 2006.

Pada waktu sama, wanita berusia 26 tahun itu pernah mengambil gambar separuh bogel untuk majalah lelaki, Uno sebagai penghias muka depan. Keputusan Sandara tampil dengan gaya mengghairahkan bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang peminat.

Empat tahun berdiam diri, anak kelahiran Busan, Korea Selatan itu akhirnya membuka mulut menerangkan keadaan sebenar supaya tiada lagi sebarang persepsi negatif dilontarkan umum.

"Saya buat fotografi itu sebab mahu mempromosi diri di Filipina sambil menampilkan sisi lain sebagai anak seni. Awal-awal lagi saya diberitahu bakal menggayakan baju polos dan skirt di depan kamera.

"Tidak seperti dirancang, saya terkejut apabila saya diminta memakai baju tidur seperti bikini sambil bergaya separuh lucah untuk majalah itu pada hari fotografi.

"Disebabkan hadir bersendirian tanpa ditemani pengurus, saya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bersetuju dalam terpaksa membenarkan jurukamera merakam aksi kurang manis saya.

"Saya rasa diperangkap kerana orang-orang di penerbitan majalah pasti membuat andaian saya bersedia tampil dengan cara memalukan demi wang dan populariti. Sedangkan saya bukan wanita yang tiada maruah dan senang diperkotak-katikkan.

"Sedih apabila ada orang lain cuba ambil kesempatan pada waktu saya hendak merangkak dalam bidang seni. Ia dianggap pengajaran paling bermakna dalam hidup saya," jawabnya sambil menangis teresak-esak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: