![]() |
| |
KECANTIKAN sering digambar pada wajah atau bentuk fizikal seseorang. Namun, hakikatnya tarikan seseorang tidak hanya bergantung kepada rupa paras. Ada lelaki atau wanita suka pada wangian badan, gaya rambut atau budi pekerti yang dimiliki seseorang. Justeru itu, anda tidak perlu gusar sehingga bertindak mengubah anugerah yang telah pun anda miliki.
Bagi membantu penampilan anda, Avon memperkenalkan Eternal Magic. Ia merupakan haruman elegan yang mencipta tarikan wanita impian berkekalan. Haruman ini mempunyai elemen kekal menggoda yang mampu bertahan lama. Ketika wangian hangat menyalut tubuh, aroma magis yang lembut mekar pasti menyerlah si wanita dan memukau mata setiap yang memandang.
Haruman ini mendapat inspirasi mawar Puteri Monaco yang sukar ditemui. Selain itu, ia kaya dengan ramuan flora dan kayu-kayan,
Haruman di bahagian atas mengandungi violet nipis, bergamot sicili dan lada biji merah samar. Manakala haruman utama terdiri daripada mawar Puteri Monaco, orris dan dedaun magnolia. Haruman dasar pula menggunakan vanila hangat berkrim, kayu-kayan lembut dan sentuhan ala awanan segar.
Eternal Magic disediakan dalam botol feminin yang mengimbau sentuhan gaun kembang dalam rona lembayung lembut. Seperti ekor gaun meleret di belakang si pemakai, botolnya menjadi lambang kelembutan harumannya yang meninggalkan memori buat selamanya. Dengan Eternal Magic, semua wanita biasa menjadi ikon yang sukar dilupakan. Sementara itu, Eternal Magic Eau de Toilette 50 milimeter berharga RM 69(Sabah & Sarawak RM79.35). Ia boleh dimiliki melalui wakil Avon atau butik kecantikan Avon terdekat di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol Avon di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: