Tuesday, March 2, 2010

Diculik ketika cari rakan - Penjenayah Bangladesh kurung mangsa selama dua hari


mohamad menunjukkan gambar lakaran dua lelaki yang menculik dan mengurung seorang warga Bangladesh di Klang Jumaat lalu.


KLANG - Hajat seorang lelaki Bangladesh untuk menziarahi rakan senegaranya tidak kesampaian apabila dia menjadi mangsa culik dan dikurung selama dua hari di sebuah rumah di Taman Rashna di sini sejak Jumaat lalu.

Lebih menyedihkan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Kadarmiah, 23, mendakwa perbuatan jenayah itu dilakukan oleh dua lelaki yang juga berasal dari Bangladesh.

Sebelum kejadian pada pukul 8 malam Jumaat lalu, Kadarmiah yang bekerja di sebuah kilang di Senai, Johor datang ke Shah Alam dengan niat mengunjungi seorang rakannya di Taman Intan di sini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, nasib Kadarmiah malang apabila belum sempat dia berjumpa dengan rakannya itu dia terlebih dahulu menjadi mangsa culik.

"Sebaik sampai di Klang, Kadarmiah bertemu dengan dua lelaki Bangladesh masing-masing menunggang motosikal yang kemudian berjanji mahu menghantarnya ke rumah rakannya di Taman Intan," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: