
KUALA LUMPUR - Tembelang seorang lelaki yang menjadikan sebuah rumah teres sebagai stor untuk menyimpan lebih 3,000 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM161,000 terbongkar selepas polis menyerbu rumah tersebut di Taman Cemerlang dekat Gombak Sabtu lalu.
Serbuan pada pukul 1.30 pagi itu dilakukan selepas polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di Taman Wangsa Permai, Gombak bersama sebuah kenderaan yang sarat dengan rokok yang diseludup dari Indonesia dan China.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika ditahan, suspek dipercayai mahu menghantar rokok-rokok itu kepada pengedar terutama pemilik kedai runcit di sekitar Lembah Klang.
"Dalam kenderaan itu saja ada 50 kotak yang diisi dengan 2,500 karton rokok pelbagai jenis.
"Susulan itu, polis menyerbu rumah di Taman Cemerlang dan merampas 14 buah kotak yang diisi dengan 711 karton rokok," kata beliau semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: