
ANDA masih ingat lagi pada Razzi Rahman dengan lagu hit berjudul Syakila pada tahun 1992?
Jika anda berusia antara 30 dan 40-an pada masa sekarang, mungkin anda salah seorang peminat kepada Razzi Rahman yang popular selepas lagu nyanyiannya Ke Dasar Cintamu dipilih sebagai lagu tema untuk filem Putera.
Pada tahun 2010i, Razzi muncul semula selepas sekian lama menyepi dengan album terbaru berjudul, Razzi Rahman Irfan Khairi (RRIK).
Album terbarunya itu menonjolkan muzik berkonsepkan pop rock bersama seorang temannya yang juga pencipta lirik dan memainkan gitar, Irfan Khairi.
Menurut Razzi, sejak meninggalkan dunia hiburan kira-kira 10 tahun lalu, dia telah mengusahakan perniagaan minuman kesihatan di Kota Bahru, Kelantan.
Selepas itu, beritahunya, ketika menghadiri satu majlis empat tahun lalu dia telah berkenalan dengan Irfan dan terus berkawan.
"Sejak pertemuan itu kami mulai rapat kerana mempunyai hobi yang sama terutamanya bermain muzik.
"Pada mulanya kami bermain muzik tidak lebih sekadar hobi. Dua tahun yang lepas kami terfikir untuk mengambil serius dalam penciptaan dan nyanyian lagu," ujar Razzi yang hadir ke Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, baru-baru ini.
Sementara menurut Irfan pula, dia tidak mencipta lagu seperti sekarang ini jika tidak bertemu dengan Razzi.
Tambah Irfan, berkat dorongan daripada Razzi membuatkan dia telah berjaya mencipta lagu Voice Of Gaza yang telah dimuat turun di Youtube.
"Kami mula buat album ini pada awal tahun lepas dan telah siap pada 28 Disember yang lalu. Walaupun album ini dari semua aspek kami lakukan sendiri, kami tetap mementingkan kualiti demi mendapat satu produk yang terbaik untuk peminat," ujarnya.
Menyentuh tentang kelainan yang terdapat dalam album RRIK berbanding album Razzi Rahman yang dulu seperti Cerpen dan Ke Dasar Cintamu, dia menjelaskan vokal dalam albumnya yang itu kedengaran lebih matang.
"Mungkin dulu konsep lagu dan cara nyanyian saya agak. Dalam album baru ini saya lebih matang ,"katanya.
Tambah Razzi, sebuah lagu daripada album terbarunya itu berjudul, Kerana juga telah dimainkan di corong-corong radio.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: