Sunday, March 28, 2010

Ball legasi ketepatan masa




DARI puncak tertinggi dunia hinggalah jauh ke dasar laut, jam tangan Ball sejak sekian lama menjadi 'nadi' dan penghias tangan pengembara-pengembara terkemuka dunia.

Jim Whittaker, rakyat Amerika pertama yang menjejakkan kaki di puncak Everest menggunakan jenama itu. Begitu juga pengkaji laut, Richard Limeburner ketika ekspedisi mengesan bangkai kapal selam Alligator yang bersemadi di dasar laut sejak tahun 1863.

Keunggulan yang menjadi simbol ketepatan masa itu terus diperturunkan dan terbaru dibuktikan melalui pencapaian dutanya, Guillaume Nery yang memegang rekod selam bebas paling dalam bagi tahun keempat berturut-turut.

Sebagai penghormatan kepada pencapaian cemerlang Guillaume yang membawa jenama itu jauh ke dasar laut, Ball melancarkan edisi terbarunya Engineer Master II Diver GMT, khas kepada penyelam di seluruh dunia.

Koleksi mewah Ball yang dihasilkan demi memenuhi impian penyelam dilengkapi fungsi sinar dalam gelap yang tahan sehingga 25 tahun tanpa bateri, hasil teknologi tiub gas mikronya.

Binaan luar disaluti karbon berbentuk berlian berwarna logam yang menambahkan kekuatan malah kalis gegaran serta tahan hentaman objek daripada ketinggian 1.5 meter.

Prestasi tanpa gangguan faktor persekitaran membolehkan Engineer Master II Diver GMT digunakan sehingga kedalaman 300 meter manakala tombol kawalan pelbagai fungsinya boleh diputar di bawah air.

Falsafah ketepatan waktu dalam pelbagai keadaan yang digabungkan dengan teknologi moden melenyapkan gangguan medan magnet yang menjadi 'lubang hitam' kepada teori ketepatan masa.

Kesempurnaan pergerakan mekanikal juga terbukti walaupun di dalam suhu serendah bawah 40 darjah celsius.

Walaupun pada nama, Ball tidak begitu dikenali, tetapi apabila memperkatakan tentang kualiti dan ketepatan dalam erti kata sebenar, Ball adalah barang kemas paling berharga yang mungkin berada di badan pemakainya.

Sejarah penghasilan jam Ball bermula apabila jurutera Webster Clay Ball diarah menyiasat kemalangan melibatkan dua buah keretapi di Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat.

Beliau kemudian mendapati waktu perjalanan yang tidak selari antara kedua-dua lokomotif menjadi punca kemalangan kereta api Lake Shore itu.

Clay Ball kemudian membina mekanikal yang dapat menjamin ketepatan masa bagi dan bermula daripada saat itu, Ball menjadi jam rasmi di kebanyakan landasan keretapi dan menjadi koleksi mewah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: