Monday, March 1, 2010

Antara KL dan London


Foto SYEFRY MONIZ Pakaian GEDUNG AL-HABSHEE (019-3870121)Solekan VIE XENDDRA (019-3986176)


SAYA berharap untuk cepat pulang ke Malaysia," kata Sara Saed, gadis berketurunan Yemen-Sepanyol yang telah menetap di negara ini sejak kecil lagi.

Walaupun cuaca panas membahang di Kuala Lumpur, Sara berpendapat dia lebih suka berada di sini kerana bebas melakukan sebarang aktiviti.

"Saya ke sana untuk melawat saudara sambil melancong. Namun disebabkan suhu terlalu sejuk, cuaca mendung dan kerap hujan, segala perancangan untuk keluar bersiar-siar terjejas. Akhirnya kami hanya berkurung di rumah sahaja," katanya yang baru tiba dua hari lalu.

Masih bergelar penuntut di sebuah kolej swasta, Sara sudah mula berjinak dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan.

Gadis berusia 21 tahun ini menawarkan perkhidmatan menghias kristal swarovski pada telefon bimbit, pen dan sebagainya bergantung kepada permintaan pelanggan.

Menurutnya, khidmat tersebut menuntut ketelitian dan kreativiti yang tinggi memandangkan setiap butir kristal perlu ditampal satu persatu hingga selesai.

"Saya menggunakan kristal terbaik yang diimport dari Austria. Saya akan pastikan setiap tempahan dibuat dengan teliti untuk hasil yang berkualiti," katanya.

Menurut Sara lagi, sehingga kini sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan pelanggannya juga terdiri daripada orang kenamaan.

Berpeluang mencuba One Drop Perfumes yang menaja ruangan ini, Sara berpendapat jenama ini menjadi alternatif paling sesuai untuk mereka yang tercari produk harga berpatutan, namun tidak berkompromi dari segi berkualiti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: