Tuesday, September 1, 2009

RM3.6j untuk drama Arab Ramadan terbaik


BEBERAPA lelaki dan kanak-kanak menonton sebuah darama televisyen bersiri dari Syria di sebuah kafe di Baitulmaqdis pada 25 Ogos lalu.


DUBAI - Pemerintah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menawarkan hadiah wang tunai 3.67 juta dirham (RM3.6 juta) kepada juara drama televisyen Arab terbaik yang disiarkan pada bulan Ramadan kali ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ganjaran lumayan itu ditawarkan oleh Perdana Menteri UAE yang juga pemerintah Dubai, Shaikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Hadiah itu untuk drama yang disiarkan melalui Dubai TV dan beberapa saluran Dubai Media Incorporated (DMI).

Tawaran bagi Anugerah Drama Arab Terbaik yang pertama kali diadakan itu sebagai penghargaan kepada hasil kerja seni golongan artis dan penerbit yang menyumbangkan kekayaan nilai kebudayaan dunia Arab.

Sejumlah 12 drama bersiri bakal dipertandingkan dengan lapan daripadanya akan disiarkan menerusi Dubai TV manakala baki empat lagi menerusi Sama Dubai TV.

Sementara itu, DMI mengumumkan pelancaran pertandingan untuk memilih program drama tempatan terbaik dengan proses pengundian dilakukan dengan menghubungi beberapa nombor telefon khas dan khidmat pesanan ringkas.

Sepuluh buah kereta mewah menjadi hadiah utama sepanjang bulan Ramadan dengan cabutan mingguan menawarkan dua buah kereta pada setiap minggu mdalam program Layali Ramadan.

Pengarah Urusan DMI, Ahmed Abdulla Al Shaikh berkata: "Anugerah itu atas arahan Shaikh Mohammed yang merupakan satu insentif kepada semua penggiat drama bagi meningkatkan hasil kerja mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: